HALAMAN

Thursday, January 14, 2016

kesedihan

12 Jan 2016 - something bad happen,make me shock

14 Jan 2016 - make decision (Mozac)

Mohon pada Allah tetapkan iman..

Friday, June 12, 2015

'Macau Scam' berlagak anggota polis

MELAKA - Orang ramai diingatkan mengenai sindiket 'Macau Scam' yang berlagak sebagai anggota polis bagi memperdaya mangsa.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata pihak polis tidak akan membuat sebarang urusan dengan anggota masyarakat melalui panggilan telefon sebaliknya mereka akan diminta hadir ke Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) atau Ibupejabat Polis Daerah sekiranya diperlukan untuk membantu siasatan.
"Semalam saya sendiri menerima maklumat daripada seorang ahli perniagaan bahawa dia mendapat panggilan telefon daripada kononnya Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Negeri yang mendakwa ahli perniagaan berkenaan terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.
"Ahli perniagaan itu kemudiannya diminta menghubungi seorang lagi pegawai polis kononnya dari Hong Kong melalui nombor yang diberikan, tetapi ahli perniagaan itu tidak mengendahkan arahan tersebut," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan seumpama itu diminta agar mendapatkan pengesahan dari IPK Melaka sebelum mengikut arahan atau permintaan sindiket berkenaan melalui panggilan telefon.   
Chuah berkata ini kerana sindiket itu mempunyai pelbagai helah untuk memperdaya mangsa dan menyebabkan kerugian wang tunai.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya akan cuba mendapatkan lebih banyak pistol renjatan elektrik 'taser gun' sebagai senjata alternatif terutama ketika menghadapi kejadian amuk atau rusuhan bersenjatakan seperti parang bagi mengelak pelaku daripada mengalami kecederaan atau mati akibat tembakan senjata api.
"Polis Melaka kini hanya mempunyai kurang daripada 10 taser gun yang tidak mencukupi untuk kegunaan anggota polis di tiga daerah di negeri ini," katanya. - Bernama
 

Wednesday, May 20, 2015

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

SELAMAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN KEPADA ANAK-ANAK MURIDKU





PENDAKWAH DITETAK

KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah dan juga pendakwah terkenal cedera di kepala akibat ditetak penjenayah setelah sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan isterinya dirompak di hadapan rumah mangsa di Taman Batu Muda, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi,  isteri mangsa sedang bersembang dengan jiran, tiba-tiba datang sebuah motosikal jenis Kawasaki 150RR yang dinaiki dua lelaki.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pembonceng motosikal itu turun dan menuju ke arah isteri mangsa yang berada di halaman rumah.
“Penjenayah itu memasuki pintu pagar yang tidak di kunci, suaminya yang berada di dalam rumah menyedari suspek berjalan ke arah isterinya bertindak  menyelamatkan isterinya.

“Berlaku pergelutan antara mereka, sebelum suspek berkenaan menetak kepala mangsa. Suspek merampas gelang tangan isteri mangsa, sebelum melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

“Keadaan mangsa yang berusia 61 tahun itu stabil setelah menerima lapan jahitan, kepala mangsa turut retak pada sebelah kiri,” katanya.