HALAMAN

Showing posts with label PANDUAN. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Friday, January 6, 2012

JENAYAH SIBER

Assalamualaikum semua...salam di pagi Jumaat, kerana kesibukan dalam tugas, mama agak kurang berjalan2 menziarah kwn2 maya....jika ada kelapangan mama akan ke blog kawan2...mama tetang ingat semua...kali ini mama ingin kongsikan bersalam maklumat tentang jenayah siber.....semoga bermanfaat kepada semua...
PDRM sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan jenayah seumpama ini. PDRM ingin menasihatkan semua pengunjung Internet supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri menjadi mangsa penipu siber.

BAGAIMANA MENGELAKKAN DIRI MENJADI MANGSA PENIPU SIBER?
... TIPS BAGI MENGELAKKAN DARIPADA DITIPU DI ALAM SIBER
1. Sebelum berurusan jual beli di Internet, pastikan dahulu identiti orang yang anda berurusan adalah betul.
2. Pastikan anda tahu maklumat-maklumat penting penjual tersebut seperti alamat, nombor telefon,email dan maklumat- maklumat penting lain.
3. Sila buat semakan dengan pihak bank mengenai nombor akaun yang diberikan kepada anda. Pastikan ia adalah nombor akaun milik penjual yang sebenar.
4. Sekiranya anda ada berhubung dengan penjual melalui email, sila simpan email tersebut bersama-sama dengan ムFull Email Headerメ.
5. Sekiranya anda ada berhubung melalui telefon dengan penjual tersebut, sila simpan segala log file yang ada termasuk sms dan ムlog fileメ dan ムcall historyメ.
6. Simpan resit pembayaran/ slipbank bagi urusan jual beli barangan tersebut.
7. Cuba elakkan daripada membeli barang-barang yang ditawarkan di Internet pada harga yang terlalu murah daripada harga asal oleh orang persendirian.

LAPOR KEPADA PIHAK POLIS SEKIRANYA ANDA BERTEMU ATAU MENJADI MANGSA PENIPU SIBER

TIPS JIKA DITIPU DI ALAM SIBER
1. Cetak segala komunikasi dengan penjual seperti komunikasi di ムWallメ, ムPrivate Messageメ, email, sms,telefon dan sebagainya.
2. Cetak maklumat-maklumat penjual/ suspek yang terdapat di akaun facebook tersebut.
3. Cetak gambar-gambar produk yang ingin dibeli tersebut.
4. Simpan resit pembayaran/ slipbank bagi urusan jual beli barangan tersebut.
5. Bawa semua perkara di atas kebalai polis dan buat laporan polis secepat yang mungkin.
6. Teruskan berhubung dengan suspek dan melengah-lengahkan agar komunikasi dengan suspek tidak putus.
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai penipu siber, sila salurkan maklumat ke mcc@rmp.gov.my untuk tindakan dan siasatan pihak polis.

Sumber : PDRM

Sunday, January 1, 2012

DEKATKAH KITA KEPADA PENCIPTA??

Assalamualaikum semua, sana sini ada sahaja ucapan sempena kehadiran 2012..masing-masing ingin tinggalkan segala yang pahit pada 2011 dan mempunyai impian serta harapan yang cukup tinggi untuk 2012..tahniah kepada anda yang begitu mengambil berat tentang kehadiran tahun baru masihi ini....ada juga yang tak kisah apa-apa pun...tahun lama ke...tahun baru ke...aku macam ni je lah....teruskan kehidupan dengan cara aku....


Mama cuma ingin kongsikan info ini yang mama anggap baik untuk diri mama dan juga untuk anda yang sudi membaca blog ini..sumber info ini seperti biasa pakarhowto..mama memang amat kagumi bahan-bahannya kerana ia dapat memberi impak yang sungguh mendalam dalam diri dan seterusnya kehidupan kita...

Alhamdulillah, menjelang awal 2012 pada awal pagi semalam, pelbagai sambutan ambang tahun baru...mama cukup tertarik pada satu 'event' ini tapi mama kurang pasti siapa penganjurnya...ketika tiba saat 2012..majlis tersebut terus mengalunkan dan membacakan 'as maul husna' iaitu 99 nama Allah.....Alhamdulillah...dapat juga mama buat walaupun hanya depan laptop ni jer....majlis itu juga dipenuhi dgn sebaran tazkirah dan ilmu-ilmu agama.. ada juga artis kita yang menyertainya...harapan mama agar pada masa yang lain untuk apa-apa sambutan amat baik sekali kita lakukan sebegini....

Mari kita baca sejenak dan berfikir sedalam-dalamnya......


Sebelum saya meneruskan tinta saya, cubalah tanya diri dan jawab sendiri 2 soalan berikut.
  1. Sudah berapa lamakah saya telah tinggal di dunia ini?
  2. Berapa lama lagikah masa yang saya ada untuk tinggal di dunia ini?
Ingin saya mulai tulisan saya dengan menyebut Firman Allah dalam Surah Al Ashr (Masa) yang bermaksud:
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian, kecuali orang orang yang mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Berapa lamakah kita telah tinggal di dunia ini? 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau bertahun tahun lamanya?
Apakah masa yang berlalu itu terisi dengan penuh pengisian yang sebenar benarnya atau tersia dengan segala macam sia sia?
memanfaatkan masa
Marilah kita melihat dari sudut yang berbeza, menilai dan meneliti setiap perbuatan kita adakah kita berada di dalam golongan yang benar benar dalam kerugian atau tergolong dalam insan yang beruntung dunia dan akhirat?
Betapa hari ini kita melihat setiap orang berkejar kejar ke sana dan ke sini dengan dua kaki, kereta, train, flight dan lain lain  untuk pelbagai urusan, setiap minit sungguh kita berkira, kita dikejar masa, makin hari makin terasa kepantasannya hingga tak terkejar.

Berhentilah sejenak,  mari kita berpaling  kebelakang mengimbau apakah setiap perbuatan kita itu ada nilainya?
  1. Berkejar-kejar untuk urusan dunia @ berkejar kejar untuk menunaikan ibadat kepada Allah swt.
  2. Ajak mengajak ke arah kemaksiatan @ ajak mengajak berbuat kebaikan
Saya juga seperti kalian semua, saya memiliki 24 jam 7 hari seminggu. Setiap masa diperuntukkan semua sama tapi bagaimana kita memanfaatkan masa supaya kita tidak menjadi bankrupt pada masa akan depan.
Berapa ramai di kalangan kita meninggalkan solat kerana pelbagai alasan yang tidak munasabah ;
  • Tiada masa kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas
  • Tiada masa kerana meeting berjam jam dari pagi hingga ke malam
  • Tiada masa ke surau kerana suraunya jauh
  • Tiada masa kerana perlu banyak berehat ketika sakit
  • Tiada masa kerana mengejar assignment deadline
  • Tiada masa kerana sibuk mengelolakan majlis penting disertai VVIP
  • Dan banyak banyak lagi alasan yang kita reka sesedap hati.
Adakah alasan-alasan ini yang akan kita jawab di akhirat kelak?
Tiada masa…?
Solat 5 kali sehari x10 minit = 50 minit setiap hari. Adakah masa 24 jam sehari itu tidak mencukupi untuk kita meluangkan masa 50 minit sehari untuk mengerjakan solat fardu?
Hanya 3.5% sehari kita peruntukkan untuk bersolat?
tak ada masa
Kawan-kawan,
  • Kita ada masa untuk membeli belah di shopping complex berjam jam lamanya
  • Kita ada masa menonton rancangan kegemaran di Astro
  • Kita ada masa untuk melepak dan bersembang dengan kawan kawan di kedai kopi
  • Kita ada masa buat itu dan ini
  • Tapi sayang sekali… kita boleh kata tiada masa untuk bersolat!?
Oh alangkah ruginya hidup kita, terisi tapi hanya sia sia kerana melupakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi.
Pernahkah kita fikir, bagaimana nanti kita benar benar sudah tiada masa? Waktu nyawa sudah di kerongkong? Ketika lembaran langit sudah digulung-gulung menutup tirainya?
Pada tika itu, ketahuilah… Segunung emas dan permata sekalipun tidak mampu membeli masa yang telah berlalu.
Bak kata Imam al Ghazali ;
“Sesuatu yang paling jauh itu adalah masa yang telah berlalu, sungguh ia tak mungkin kembali. ”
Dalam keadaan dunia serba maju semuanya mahu cepat, kita pula diberatkan dengan pelbagai bentuk tanggungjawab yang kadangkala menghimpit ruang masa kita.
Kawan kawan…
Walau betapa banyaknya tanggungjawab kita, tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Allah swt mesti diutamakan! Insyallah dipermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.
Janganlah kita hidup seperti sebuah robot, siang dan malamnya sama sahaja, hidup dan matinya hanya untuk berbakti kepada manusia dan hayatnya pula hanya didunia seketika cuma.
Kawan kawan, marilah kita renungi bersama,
Firman Allah SWT dalam surah al Kahfi ayat 103-106 yang bermaksud:
Katakanlah “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik baiknya. Mereka itu orang orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan(kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuskanlah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak akan mengadakan satu penilaian bagi (amalan)mereka pada hari kiamat. Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan rasul rasulKu sebagai olok-olok.
20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau bertahun tahun lamanya, status amalan kita masih KIV (Keep In View) hingga ke titik terakhir.
masa itu emas
Kawan kawan…
Berapa lama lagikah masa kita masih berbaki di dunia? Ternyata tiada seorang pun di kalangan kita mengetahuinya. Hanya Allah SWT jua yang Maha Mengetahui.
Yang pasti setiap hari yang berlalu mendekatkan kita pada hari yang nyata iaitu kematian.
Sekarang, ketika ini dan di saat ini , kita masih ada masa untuk memperbaiki amalan kita. Usah disiakan masa yang ada, pergunakan dengan sebaik-baiknya, rancanglah masa dari sekarang, laksanakan dengan amalan, persiapankan diri untuk masa depan.
Semoga kejayaan menanti kita di hadapan sana.
sumber:palarhowto

Saturday, December 17, 2011

18 perkara wanita MESTI FAHAM tentang lelaki


Assalamualaikum semua..

Dalam entri kali ini, mama nak berkongsi pula dengan anda 18 Perkara Yang Wanita Mesti Faham Tentang Lelaki.



Wahai kamu wanita, ketahuilah bahawa SEORANG LELAKI itu :
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.
Jadi terimalah kelemahan lelaki dengan perasaan terbuka. Cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalau lelaki kurang, wanita kena tambahkan. Kalau wanita kurang, lelaki kena cukup kan. Kena ada check anda balance. Baru lah aman sesuatu perhubungan.
Sumber:blog pakarhowto

Friday, December 16, 2011

Jenis-Jenis Dengki

 
Assalamualaikum semua, hari Jumaat yang mulia ni...mama nak kongsikan bersama info ini.....renung-renungkanlah..semoga bermanfaat kepada kita semua..
Dengki itu ada tiga jenis :
 
1. Inginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan beralih kepadanya.
 
2. Inginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang supaya sama-sama tidak dapat mempunyai atau merasa kenikmatan itu.
 3. Tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki ialah dosa batin yang mampu membakar pahala.

Wednesday, November 30, 2011

BURUK SANGKA VS BAIK SANGKA...MANA PILIHAN ANDA?

Assalamualaikum semua,mari kita kongsi bersama.....

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut

Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja
mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.
think positive
Kesimpulannya,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.
Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah dengan sesama kita.
Salam ceria buat semua ;)

Sunday, November 27, 2011

Belajar Memendamkan Rasa Tersinggung

Assalamualaikum semua, sehari x berblog rasa x lengkap hari2 mama...mama titipkan panduan belajar memendamkan rasa tersinggung buat anda semua....mama berada di bandar bera,Pahang...baru kembali dri menziarahi Pak Ngah di Parit Buntar dan Pak Teh di Permatang Pauh yang keuzuran..moga mereka diberkati Allah s.w.t. Salam Maal Hijrah kepada semua...

Salah satu perkara yang selalu membuatkan kita lemah adalah timbulnya rasa tersinggung dihati kita. Munculnya perasaan ini sering disebabkan oleh ketidaktahanan kita terhadap sikap orang lain.

Ketika tersinggung, paling kurang kita akan sibuk membela diri sendiri, dan akan memikirkan kejelekan orang yang membuat kita tersinggung itu. Perkara yang paling membahayakan dari rasa tersinggung adalah timbulnya penyakit hati seperti rasa merendahkan orang lain dan mengumpat. Malah mungkin menfitnahnya kembali.

Kesan yang biasa ditimbulkan oleh rasa tersinggung adalah kemarahan.Bila kita marah, kata-kata jadi tidak terkawal. Stress meningkat. Kerana itu, ketabahan kita untuk “tidak tersinggung” menjadi satu keharusan.

Apa yang menyebabkan seseorang itu tersinggung?

Tersinggung seseorang itu timbul kerana menilai dirinya lebih dari kenyataan, merasa pintar, berjasa, baik, tampan, dan merasa berjaya.

Setiap kali kita menilai diri lebih dari kenyataan yang sebenarnya, apabila ada yang menilai kita kurang sedikit sahaja dari expectation kita, maka kita akan merasa tersinggung. Peluang untuk rasa tersinggung akan terbuka luas jika kita salah dalam menilai diri sendiri. Kerana itu, ada sesuatu yang harus kita perbaiki, iaitu cara menilai diri.

Teknik pertama agar kita tidak mudah tersinggung adalah tidak menilai secara berlebihan terhadap diri kita sendiri. Misalnya, jangan banyak mengingati bahawa kita telah berjasa. Saya seorang guru, saya seorang pemimpin, saya ini saya itu. Saya seorang pemurah. Saya banyak menolong rakan-rakan. Semakin banyak kita mengaku tentang diri kita, akan makin mudah untuk membuat kita tersinggung.

Ada beberapa cara yang cukup efektif untuk merendam rasa tersinggung :

Pertama, belajar melupakan.

Jika kita seorang berijazah maka lupakanlah ijazah kita. Jika kita seorang pengarah lupakanlah jawatan itu. Jika kita seorang pimpinan lupakanlah hal itu, dan seterusnya. Anggap semuanya ini berkat dari Allah agar kita tidak tamak terhadap penghargaan.

Kita harus melatih diri untuk merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kecuali berkat ilmu yang dipercikkan oleh Allah sedikit. Kita lebih banyak tidak tahu. Kita tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali sepercik berkat dari Allah. Kita tidak mempunyai jawatan ataupun kedudukan sedikit pun kecuali sepercik yang Allah telah berikan dan dipertanggungjawabkan. Dengan sikap seperti ini hidup kita akan lebih ringan. Semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, akan kian sering kita sakit hati.

Kedua, kita harus melihat bahawa apa-apa pun yang dilakukan orang kepada kita akan bermanfaat

Kita tidak akan pernah rugi dengan perilaku orang kepada kita. Sebenarnya kita tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu sama dengan keinginan kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah memaksa diri sendiri memahami orang lain dengan sikap terbaik kita. Apa pun perkataan orang lain kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.

Ketiga, kita harus bersimpati.

Melihat sesuatu tidak dari sudut pandang kita. Renungkan kisah seseorang yang sedang membawa gajah berjalan-jalan, dari depan dan seorang lagi mengikutinya di belakang gajah tersebut.

Yang berada di depan berkata, “Oh indah sungguh pemandangan sepanjang hari”. Pasti dia dilempar dari belakang kerana dianggap menyindir. Sebab, sepanjang perjalanan, orang yang dibelakang hanya melihat punggung gajah.

Oleh itu, kita harus belajar bersimpati. Jika tidak ingin mudah tersinggung, maka cari seribu satu alasan untuk boleh menyenangkan hati orang lain. Namun yang harus diingat, berbagai alasan yang kita buat semata-mata untuk menyenangkan, bukan untuk membenarkan kesalahan. Ingat!

Keempat, jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai ladang peningkatan kualiti diri

Jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai kesempatan untuk menyucikan jiwa, dengan memaafkan orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama. Tiba-tiba baginda bersabda: “Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.”

Maka muncul lah fulan bin fulan. Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama. Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.

Akhirnya seorang sahabat Rasulullah pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya untuk menyiasat apakah amalannya.

Selama tiga hari, sahabat Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang besar,yang menarik. Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah lelaki itu.

Lelaki itu menjawab: “Ibadahku adalah sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.”

Sambung lelaki itu: “Tetapi di dalam hatiku tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara mukminku.”

Memaafkan. Memaafkan dengan dada yang lapang.

InsyaAllah yang lain akan datang kemudian. Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita insyaAllah. Pasti.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka…” Surah Ali-Imran ayat 159