HALAMAN

Showing posts with label coret-coret dariku. Show all posts
Showing posts with label coret-coret dariku. Show all posts

Sunday, December 7, 2014

AJAR ANAK TULIS NAMA SENDIRI




Apa yang saya lakukan untuk mengajar anak saya mengenal namanya:
1. KAD NAMA
Tulis nama anak di atas kad dan tampal di beberapa tempat di biliknya/sekeliling rumah. Pastikan anda menggunakan huruf besar di permulaan namanya sahaja; sebagai contoh 'Sofia'. Saya menggunakan marker merah untuk menulis nama di atas kadbod putih. Beritahu anak anda, "Ini nama Sofia." Gerakkan jari dari kiri ke kanan pada kad nama sambil menggalakkan anak anda menyebut namanya. Do it as many times as you can everyday. Anda boleh melakukan aktiviti ini seawal anak berumur 18bulan.

2. BENDERA NAMA
Buat bendera nama untuk anak anda. Saya tulis nama anak di atas kertas segitiga dan lekatkan pada straw besar(yang kita guna untuk minum ABC). Setiap hari galakkan anak anda untuk memilih tempat untuk diletakkan bendera namanya. It could be in your beautiful crystal vase or just a plastic mineral bottle. Then give her a big hug!

Guru tadika pun boleh buat bendera nama untuk semua pelajar dalam kelasnya. Letakkan dalam pasu plastik dan jadikan rutin pagi anak tadika mengambil bendera namanya sambil berkata "Nama saya .... atau My name is....". Don't forget to praise each child. Aktiviti ini sesuai untuk anak 3 tahun ke atas.

3. MENEKAP NAMA
Saya akan laminate atau balut kad nama anak saya dengan clear plastic untuk dia melakukan aktiviti menekap. Berikan anak anda erasable marker pen & galakkan dia menekap namanya pada kad tadi. Galakkan anak anda membaca namanya. Aktiviti awal tulis ini sesuai untuk anak 3 tahun ke atas.

4. MENYALIN NAMA
Apabila anak saya menjangkau 5 tahun saya galakkan anak saya menyalin(copy) namanya. Saya akan tulis nama anak di atas kertas kosong. Seterusnya saya beri peluang anak saya menyalin namanya dengan krayon secara bebas(freehand, no lines whatsoever). Lekatkan hasil tulisan anak anda di dinding atas pintu peti ais.

5. MENULIS NAMA
Apabila menjangkau 6 tahun, beri peluang anak anda menulis namanya sendiri. Gunakan pelbagai alat tulis seperti krayon, berus, pensel & kapur untuk menjadikan aktiviti menulis lebih menarik. Anda juga boleh berikan anak anda kertas pelbagai warna untuk ditulis. Anak saya suka menulis di atas kertas hitam(sugar paper) menggunakan kapur yang dicelup dalam air. Menulis nama dengan jari yang dicelup dengan cat air juga cukup menarik. Lagi messy lagi best!

Sekiranya anda memberi peluang menulis nama dari awal, saya yakin anak anda dapat menulis nama sendiri sebelum melangkah ke Tahun 1. Yang mungkin problem sikit apabila ibubapa berikan nama yang terlalu panjang kepada anak.... sebagai contoh 'Tengku Puteri Aisyatun Muneerah'(nama rekaan semata-mata). So fikir-fikirlah bila nak menamakan anak.


SUMBER : ELIANI NIK NAWI

Sunday, June 15, 2014

hari-hariku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,dah 3 bulan mama tunz tak update blog.kekangan tugas dan tanggungjawab lain yang lebih utama..apa-apa pun selamat maju jaya kepada semua..
sekolah mama jadi tuan rumah kejohanan bolajaring kawasan Jasin


ikrar hari guru 2014

mama tunz mendeklamasi sajak


 aksi guru besar semasa hari akhir kejohanan bola jarring


 

 





 

Wednesday, March 19, 2014

DOA BUAT MH 370

Assalamualaikum semua..memang dah lama sangat tak update blog ni....disebabkan busy dgn segala macam hal..kalau free barulah dapat mengadap..kadang2 sempat post gambar je..sebagai kenangan ..

Mama Tunz juga memohon doa agar Allah selamatkanlah semua penumpang dan krew pesawat MH370 yang masih lagi belum ditemui lagi sehingga post ini dibuat.

Sebagai umat Islam kita perlulah sentiasa mendekatkan diri kepada Sang pencipta. Moga diri kita sentiasa dalam peliharaannya. Amin
 

Semoga semua kawan-kawan  yang masih sudi ke blog ini sihat-sihat sentiasa ye..

ANGAH PADA MALAM PENUTUP MINGGU SILATURAHIM MOZAC
ANGAH BERSHUFFLE WOO!
ANAK MURID THN 1 TERLENA......SIAN DIA..
BAWA MURID OLAHRAGA KE  STADIUM UTEM
ADIK ERNI - PERAK LOMPAT TINGGI P12
EMAS - ADIK FIKRI..LONTAR PELURU l2
PEMENANG MSSM BERSAMA GPK
PROGRAM GURU PENYAYANG














Tuesday, March 18, 2014

MH370

Ya Allah...pertemukan kami dengan segala kebenaran...

Ampunkan segala dosa-dosa kami..

Monday, December 16, 2013

medical check up angah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Pagi ni mama tunz bawa angah untk medical check up di Klinik Kesihatan Jasin. Alhamdulillah semuanya dh selesai..cuma angah perlu ke kedai cermin mata kerana mata sebelah kiri dia kabur..so, kenalah buat cermin mata supaya dia tak alami masalah masa dalam kelas dia nanti.

Tengah hari tadi pula posmen hantar majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Jan. 2014. Terkejut jugak  bila belek punya belek petua dapur dan petua cantik yang mama hantar dulu dh keluar dlm majalah SDK .

Mama rasa cukup untuk kali ni.....laptop masih rosak...selamat menghabiskan cuti sekolah yang tinggal sedikit hari je lagi..

Thursday, December 12, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..sekarang ni laptop dh rosak..so  byk tugasan yg tergendala buat masa ni..

ALhamdulillah, Selasa lepas mama tunz buat semakan online tawaran kemasukan ke sekolah berasrama penuh tingkatan 1 bagi 2014..angah berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Air Keroh, Melaka (MOZAC)

Mama juga merupakan bekas pelajar Mozac 1985 hingga 1989. Semoga angah dapat belajar dgn cemerlang di sana nanti jadi anak cemerlang dan anak yang soleh dunia dan akhirat.Amin...




Monday, November 18, 2013

Hari penyampaian hadiah sekolah angah

Alhamdulillah..kini tibalah masanya angah akan meninggalkan alam sekolah rendah...Semoga angah menjadi anak yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah.amin..

bersama angah di luar dewan
ragbi kebangsaan
5A subjek teras
ragbi MSSM negeri Melaka
nazam Ya ha na na..

Wednesday, September 11, 2013

kisahku dalam Mingguan Wanita

Assalamualaikum semua..lama tidak berhubung di blog..mama tunz ingin berkongsi kisah yang tersiar dalam Mingguan Wanita keluaran 1556....

ruangan Keranamu Guru
 


 


muka depan
 
 

Sunday, March 11, 2012

dari jendela bilik guru...burung apa?

Assalammualaikum semua, pagi Rabu lepas, semasa sibuk berbincang dalam bilik guru mama terpandang sarang burung ni..mama dah lama perasan sbb semasa perhimpunan mama dah nampak dri dataran perhimpunan....lepas tu dah lupa lah kan...so, pagi ni ternampak pulak ada burung dalam sarang tersebut.....u all tau tak burung apa ni?hingga waktu ini masih ada lagi sarang burung itu yg dibuat pada wayar yang melintang....kalau ahmad zaqwan (along) nampak ni..ermm mesti dia nak ambil bawak balik....
tergantung pada wayar

Thursday, January 26, 2012

UNTUKMU TEMAN...

Saturday, December 31, 2011

......terima kasih dan maafkan aku....

Assalamualaikum semua, mama sungguh terharu sebab blog ini dipilih oleh blogger yang dah macam retis gitu...sapa lagi kalau bukan afzalsukasuki....walaupun dalam list ke 30..terima kasih sebab 'memandang' blog mama yang tidak seberapa ini..tq yer afzal.....mama hargainya....



30:Mama Tunz

Terima kasih juga kepada semua kawan blogger yang rasanya dh macam kenal sangat sedangkan kita tak pernah bersua muka..
      pada hari terakhir di tahun 2011 ini mama ingin titipkan maaf andai ada kekhilafan yang datang dari kelemahan diri mama yang diluahkan dalam blog ini..andaikata terguris,terhiris,terluka..percayalah itu bukan niat mama...hajat mama hanyalah ingin berkawan dan menjalinkan ukhwah di samping menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat bukan sahaja di dunia malahan 'di sana 'nanti..
     andai tahun ini tahun terakhir diri ini bernafas..anggaplah yang mama begitu gembira sekali mendapat kawan2 blogger yang begitu tabah dalam mengharungi hidup masing-masing seperti yang mereka kongsikan bersama dalam blog mereka..
     mama bukanlah org yang pandai berkata-kata..hanya ini mama titipkan buat semua yang mama sayangi dalam dunia blog....

p/s andai ini yang terakhir dariku..maafkan aku...

Wednesday, December 14, 2011

...rabu tanpa kata....

  
p/s setahun lalu...klik>>>>     Adik Nursakinah Zakaria

Friday, September 9, 2011

SEMARAK MERDEKA 1G

Mama tanamkan semangat cintakan negara Malaysia kpd semua murid mama...hargai dan syukuri nikmat kita dapat hidup dalam negara yang aman...


KAMI ANAK MALAYSIA

WAJAH ANAK-ANAK MERDEKA
KELAS 1 CEMERLANG
AdIK Izz Danish
geng budak LICIK..huhuhu

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDIL FITRI 3

INI JUA UNTUKMU...

SALAM AIDIL FITRI 2

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG MAMA TUNZ

Wednesday, August 24, 2011

ketupat merdeka

Assalamualaimum semua...musim2 nak raya ni ada mcm2 ragam kat sekolah ni...kat kelas 1G dah gantung pun tpi x sempat nk snap gambarnyer...yg sempat amik pic ketupat yg bru d anyam tdi...
tadaaa...merdeka raya....

AGIHAN KEREPEK

dh bole rayalah yer..kepek dh dpt..

Saturday, August 20, 2011

KAD DRP TPM

Assalamualaikum semua, mama hepi lagi..balik umah pas meeting td..dpt balasan kad raya drp Timbalan Perdana Menteri...nice kad dia...saja nk share dgn u all.....
muka depan kad....
tanda tangan TPM
di bawah pic TPM ada terjemahan drp Surah Al Baqarah :185
terima kasih TPM..mama tunz memang suka sgt dgn design kad ni...