HALAMAN

Thursday, December 11, 2014

HARIMAU MALAYA KE FINAL PIALA SUZUKI

KUANTAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah gembira di atas pencapaian skuad Harimau Malaya yang berjaya layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014.
Dalam separuh akhir kedua di Hanoi, malam ini, skuad negara menang 4-2 ke atas Vietnam dan layak atas agregat 5-4 untuk bertemu Thailand.
Dalam satu kenyataan media, beliau bersyukur dengan kejayaan berkenaan dan ia menepati sasaran ditetapkan oleh FAM yang mahu skuad kendalian Dollah Salleh itu melangkah ke perlawanan akhir.
"Terima kasih kepada Dollah Salleh dan pemain yang beraksi dengan semangat kental bagi memastikan Malaysia layak bermain di final," katanya di sini, sebentar tadi.



Beliau juga yakin Dollah dan anak buahnya akan berusaha untuk menunaikan hasrat peminat yang mahu skuad kebangsaan menjulang Piala AFF Suzuki iaitu kejohanan bola sepak berprestij di Asia Tenggara.
Kali pertama Malaysia memenangi piala itu adalah pada 2010 menerusi skuad dikendalikan Datuk K Rajagobal.
Skuad Harimau Malaya yang kalah 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada Ahad lalu, bangkit mencatat kemenangan selesa 4-2 pada aksi timbal balik di Stadium My Dinh di Hanoi, Vietnam malam ini.
Dalam perlawanan akhir timbal balik pada 17 Disember ini, Malaysia akan menentang Thailand yang sebelum ini menewaskan Filipina dengan agregat 3-0 di Bangkok, semalam.

Sunday, December 7, 2014

LOGO PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

salam Pandu Puteri!


Untuk pengetahuan guru-guru Pandu Puteri, ahli-ahli Pandu Puteri dan juga sesiapa sahaja yang ingin menggunakan logo Pandu Puteri, sama ada untuk cetakan pada sijil, fail, cenderamata, t'shirt dan sebagainya pastikan anda menggunakan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) seperti berikut:




Di dapati masih ramai yang menggunakan logo yang salah mungkin kerana reka bentuknya yang sama. Tambahan ramai dalam kalangan kita yang hanya merujuk Mr. Google tanpa merujuk kepada yang berautoriti dalam perkara ini. 


Penggunaan Logo Rasmi PPPM yang betul

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang PPPM, anda bolehlah berkunjung ke website rasmi mereka di PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. Kepada yang berminat anda boleh juga mendaftar secara online sebagai Sukarelawan dan juga Sahabat Pandu Puteri.

Website Rasmi PPPM

AJAR ANAK TULIS NAMA SENDIRI




Apa yang saya lakukan untuk mengajar anak saya mengenal namanya:
1. KAD NAMA
Tulis nama anak di atas kad dan tampal di beberapa tempat di biliknya/sekeliling rumah. Pastikan anda menggunakan huruf besar di permulaan namanya sahaja; sebagai contoh 'Sofia'. Saya menggunakan marker merah untuk menulis nama di atas kadbod putih. Beritahu anak anda, "Ini nama Sofia." Gerakkan jari dari kiri ke kanan pada kad nama sambil menggalakkan anak anda menyebut namanya. Do it as many times as you can everyday. Anda boleh melakukan aktiviti ini seawal anak berumur 18bulan.

2. BENDERA NAMA
Buat bendera nama untuk anak anda. Saya tulis nama anak di atas kertas segitiga dan lekatkan pada straw besar(yang kita guna untuk minum ABC). Setiap hari galakkan anak anda untuk memilih tempat untuk diletakkan bendera namanya. It could be in your beautiful crystal vase or just a plastic mineral bottle. Then give her a big hug!

Guru tadika pun boleh buat bendera nama untuk semua pelajar dalam kelasnya. Letakkan dalam pasu plastik dan jadikan rutin pagi anak tadika mengambil bendera namanya sambil berkata "Nama saya .... atau My name is....". Don't forget to praise each child. Aktiviti ini sesuai untuk anak 3 tahun ke atas.

3. MENEKAP NAMA
Saya akan laminate atau balut kad nama anak saya dengan clear plastic untuk dia melakukan aktiviti menekap. Berikan anak anda erasable marker pen & galakkan dia menekap namanya pada kad tadi. Galakkan anak anda membaca namanya. Aktiviti awal tulis ini sesuai untuk anak 3 tahun ke atas.

4. MENYALIN NAMA
Apabila anak saya menjangkau 5 tahun saya galakkan anak saya menyalin(copy) namanya. Saya akan tulis nama anak di atas kertas kosong. Seterusnya saya beri peluang anak saya menyalin namanya dengan krayon secara bebas(freehand, no lines whatsoever). Lekatkan hasil tulisan anak anda di dinding atas pintu peti ais.

5. MENULIS NAMA
Apabila menjangkau 6 tahun, beri peluang anak anda menulis namanya sendiri. Gunakan pelbagai alat tulis seperti krayon, berus, pensel & kapur untuk menjadikan aktiviti menulis lebih menarik. Anda juga boleh berikan anak anda kertas pelbagai warna untuk ditulis. Anak saya suka menulis di atas kertas hitam(sugar paper) menggunakan kapur yang dicelup dalam air. Menulis nama dengan jari yang dicelup dengan cat air juga cukup menarik. Lagi messy lagi best!

Sekiranya anda memberi peluang menulis nama dari awal, saya yakin anak anda dapat menulis nama sendiri sebelum melangkah ke Tahun 1. Yang mungkin problem sikit apabila ibubapa berikan nama yang terlalu panjang kepada anak.... sebagai contoh 'Tengku Puteri Aisyatun Muneerah'(nama rekaan semata-mata). So fikir-fikirlah bila nak menamakan anak.


SUMBER : ELIANI NIK NAWI

ANAK PANDAI MENULIS

Menulis bagi kanak-kanak bukan mudah. Ia bukan sekadar mengerak-gerakkan jari. Ibubapa jangan expect anak terus aje pandai menulis by the time they are 6 years of age. Untuk kanak-kanak 4,5,6 tahun memegang pensil dengan betul(tripod grasp),  jari jemari mereka sepatutnya dirangsang jauh lebih awal.



Daripada umur 0 - 3 tahun, beri peluang anak melakukan aktiviti memegang, meramas, meronyok, mengoyak pelbagai bahan(kertas, plastik, squeeze toys). Aktiviti sebegini merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak diberi peluang menggunakan jari jemari mereka, nanti lebih senang kita ajar mereka memegang pensil atau krayon dengan betul.
Cadangan untuk kanak-kanak 2-3 tahun di rumah atau di taska.
1. Aktiviti memegang(grasping/holding) - alat mainan masak-masak(sudip, senduk, sudu, garfu), guli, pom-pom kecil, bola ping-pong, bola tenis, bola getah(pelbagai saiz, paling besar saiz bola tenis. Beri peluang kanak-kanak kutip guli dan/atau pom-pom dan masukkan ke dalam botol atau bekas telur. Perbanyakkan aktiviti memegang yang memberi peluang kanak-kanak memggunakan 3 jari( ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).
2. Aktiviti meramas(squeezing) -ramas dan uli playdoh, ramas pasir, ramas perca kain, ramas mainan picit(squeeze toys)
3. Aktiviti meronyok(scrunching) - pelbagai jenis kertas( not newspaper please)
4. Aktiviti mengoyak - beri kanak-kanak jaluran kertas(paper stripes) selebar 2cm. Galakkan mereka mengoyak kertas tadi menjadi cebisan kecil.
Pastikan kanak-kanak melakukan semua aktiviti di bawah pengawasan orang dewasa ya.
Apa yang best aktiviti-aktiviti di atas bukan saja merangsang kemahiran jari jemari kanak-kanak tetapi juga koordinasi mata dan tangan mereka . This skill is every important in reading and writing.
 
SUMBER : ELIANI NIK NAWI