Sunday, December 14, 2014
kursus oh kursus
ni dah berlalu..mama nak share je dlm blog ni...actually hari ni tak ke mana2..so nak simpan memori kursus ni dalam blog..nanti bila dah buka sekolah..payahlah nampaknya nak update blog...fb selalu jugak lah kan....apa2 pun happy jugak dpt terjah blog kwn2 lama ..
| belajar juga seni bela diri |
Labels:
KURSUS PANDU PUTERI
AFC ambil alih kes penyokong Malaysia
KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) akan mengambil alih
kes kegagalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengawal penyokong
pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah
Alam pada 7 Disember lalu.
Kes tersebut sebelum ini di bawah siasatan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang juga merupakan penganjur kejohanan dwitahunan tersebut.
Segelintir penyokong Malaysia bertindak liar mencederakan beberapa penyokong Vietnam selepas perlawanan yang berakhir dengan keputusan Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam.
Setiausaha AFF, Datuk Azzuddin Ahmad berkata beliau dimaklumkan oleh pihak AFC bahawa mereka akan mengambil alih kes tersebut dan FAM dikehendaki menghantar surat tunjuk sebab bagi menjelaskan perkara tersebut kepada AFC pada Isnin ini.
"Kita (AFF) tidak boleh campur tangan lagi, memandangkan bahawa bidang kuasa AFC adalah lebih besar kerana badan tersebut mewakili 46 ahli daripada negara-negara Asia walaupun AFF ada menghantar notis surat tunjuk sebab kepada FAM pada 9 Dis lalu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Azzuddin berkata beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak FAM.
Beliau berkata berdasarkan pengalamannya FAM mungkin akan dikenakan hukuman denda atas kesalahan tersebut.
"Saya tidak fikir bahawa AFC akan mengambil tindakan lebih berat sehingga Malaysia dipaksa beraksi dalam keadaan stadium kosong tanpa peminat pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember nanti.
"Ianya adalah merupakan kesalahan yang tidak serius jika dibandingkan kes lain yang membabitkan pergaduhan yang lebih berat," kata Azzuddin.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tampil bantu siasatan kes serang penyokong]
Tindakan liar segelintir penyokong Malaysia baru-baru ini mendapat perhatian luas termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memandang serius perkara tersebut.
Khairy sebelum ini meminta maaf kepada penyokong Vietnam atas tindakan penyokong Malaysia yang mencederakan penyokong negara itu. - Bernama

berita sukan
Subscribe to:
Posts (Atom)