HALAMAN

Wednesday, April 27, 2011

BUKU ENGLISH KSSR YR. 1-SALAH BUKAN SABOTAJ

KUALA LUMPUR 27 April — Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu tiada elemen sabotaj berhubung kesalahan yang terdapat dalam buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Inggeris Tahun Satu seperti yang didakwa.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sebaliknya kesilapan itu berlaku disebabkan kesuntukan masa dalam menyediakan bahan buku berkenaan termasuk mencetaknya.

"Satu pasukan penyiasat telah ditubuhkan oleh kementerian untuk mengenal pasti punca berlakunya kesilapan dalam buku teks itu dan hasilnya kementerian dapati tiada elemen sabotaj seperti yang didakwa,” katanya menjawab soalan Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor di Dewan Negara di sini, hari ini.

Buku berkenaan adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Dawama Sdn. Bhd.
Ka Siong berkata, bagi memastikan kesilapan itu tidak berulang Kementerian Pelajaran telah menetapkan beberapa langkah, antaranya membuat penambahbaikan dengan mengetatkan lagi proses kerja dalam penerbitan dan melantik Jawatankuasa Penilaian/Kawalan Mutu dan Jawatankuasa Readers yang terdiri daripada pakar-pakar yang berpengalaman mengikut pelajaran. — Bernama

No comments: