Kali ni mama tunz nak bagi beberapa tip
yang boleh digunapakai oleh kita semua termasuk diri mama sendiri...
.selamat beramal...
ini ada beberapa petua yang boleh anda amalkan:
1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari
asas, iaitu niat hati Anda.
Buat muhasabah diri, kaji untuk apa anda setiap hari ke
tempat kerja. Adakah semata-mata hanya kerana Anda
dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu
kecemerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang
kerja tu? atau keduanya sekali? Dengan kata lain apa
matlamat anda bekerja? Ini kerana setelah mengkaji
mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi
malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih
suka tak ambil kisah, janji duit gaji dapat.
Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai
‘booster’ motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan
turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti,
prestasi, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk
menjadi cemerlang dalam kerjaya.
2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang patut.
Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu
Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika
kawan sekerja Anda masuk kerja jam 8 pagi hingga 5
petang, Anda pula masuk jam 7.30 pagi hingga 6 petang,
tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime.
Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar
masa berlalu.
Sekiranya ada sikap lebih memberi ini, insyaAllah anda
akan dapat ganjaran yang setimpal nanti
3. Komited.
Tunjukkan komitmen yang tinggi dalam segala tugas yang
diamanhkan kepada anda.Lakukan sesuatu kerja dengan
penuh rasa tanggungjawab dan berikan sepenuh tumpuan.
Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk
rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawankawan
Anda tu yang bayar gaji Anda.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited
sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran
lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadilah seorang
proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa
mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena
tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.
4. Bijak Membawa Diri
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit ‘politik’ pejabat..
Kemahiran komunikasi interpersonal amat penting di sini.
Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji sikap
rakan-rakan sekerja Anda.
Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu
dimana ruang yang dia boleh ‘membawa diri’ tanpa perlu
menjadi mangsa pada politik tempat kerja.
Tapi, pekerja yang cemerlang tidak membodek bosnya
untuk cepat naik pangkat! Apa yang perlu dilakukan adalah
mengurus bos anda.Kita akan bincangkan petua mengurus
bos anda pada masa hadapan.
5. Belajar Tanpa Henti.
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan
prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah
ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.
Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa
yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda
yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak
kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.
Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang
Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satusatu
masa.
Oleh itu hadirilah kursus atau bengkel yang boleh
meningkatkan upaya diri anda!
6. Hormat Semua Orang.
Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda,
hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat
seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan
mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain,
sebab tak semua orang boleh menerimanya.
Jangan suka mengata atau bercakap fasal keburukan orang
lain.Lebih-lebih jangan jadikan pejabat kita sebagai gossip
corner .Anda akan dibenci orang dan dapat dosa kering kat
di pejabat.Niat murni kita, kerja sebagai satu ibadah, telah
anda musnahkan.
Ingat!! Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan
dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan
mulut, rajinkan tangan bekerja.
7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan ‘" rst impression’
orang lain amat penting dalam suasana kerja.
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan
kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya
jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di
ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai sikap terhadap
kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.
Kalau berserabut, berterabur dan langsung tak teratur, itu
tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah
untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu
berterabur, ubah cepat perangai tu. Meja yang berserabut
biasanya otak kita berderabut.Oleh itu kemaskanlah meja
anda.
Sebagai kesimpulannya,
Dalam hidup ini kita perlu banyak memberi , kerana banyak
juga anda akan terima nanti.Jangan berkira sangat dengan
tenaga dan waktu anda.Berilah yang terbaik untuk Jabatan
anda.Sayangilah organisasi anda.Beri komitmen pada
kerja anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap
balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata.
Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang.Semoga apa
yang kita lakukan di pejabat, akan mendapat ganjaran di
sisi Allah nanti.
We are what we repeatedly do
Excellence, then, is not
an act but a habit.
Excellence, then, is not
an act but a habit.
2 comments:
buy valium no prescription valium information - buy valium uk delivery
supreme clothing
yeezy boost
authentic jordans
longchamp outlet
kobe 9
kd13
kobe shoes
ferragamo belt
curry shoes
balenciaga shoes
Post a Comment