Thursday, August 25, 2011
Tidur malam sering terganggu
MANTIN – Menjadi harapan mangsa simbah asid, Zuhaina Tengkis, 27, dan suami Nor Azman Jani, 30, agar pihak berkuasa dapat mengesan pelaku yang menyebabkan hidupnya menderita hingga kini.
Menurut Zuhaina, walaupun dia sudah lama memaafkan penjenayah terbabit, namun jauh di sudut hatinya mengharapkan individu tidak bertanggungjawab itu dapat ditangkap segera agar tidak ada lagi yang menjadi mangsa.
“Terbaru, seorang lelaki menjadi mangsa asid di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dipercayai atas faktor cemburu.
“Walaupun pelakunya bukan orang yang sama dengan kejadian saya tetapi saya lega kerana suspek berjaya ditangkap polis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Orang Asli Belihoi, dekat sini.
Katanya, kesan disimbah asid masih dirasai hingga kini menyebabkan tidur malamnya sering terganggu kerana rasa sakit yang datang menyerang tanpa mengira waktu.
Zuhaina berkata, dia selalu menangis mengenangkan nasib diri disebabkan penjenayah terbabit sanggup melakukan perbuatan itu ke atas dirinya yang tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.
“Walaupun sudah enam bulan berlalu tetapi rasa sakit ini terpaksa saya tanggung sampai hari ini. Bila rasa sakit menyerang, muka dan badan saya rasa macam dicucuk jarum, rasa pedih, gatal dan panas sangat,” katanya.
BACA SINI
Labels:
BERITA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
manusia yg buat mmg binatang ..sorry kasar skit
betul..yg wat ni x de pegangan agama
Kesian la abg ijal tengok, seksa tau si mangsa ni!
Apasal asid tu boleh jd mcm bahan mainan je ek? Si pelaku tu ingat boleh suka2 ke simbah asid? Dh dpt buat tu seronok lah tu agaknya! kenapa diaorang tu tak test dulu simbah kat diri sendiri ek?...baru tau mcm mana rasa!
Pelik betullah! Marah sangat ni!! Macam penyakit berjangkit la. Bila start satu kes simbah asid, lepas tu ada lg kes yg serupa. Psiko la diaorg tu! Rasa tak selamat nk ke mana2.
Post a Comment