Fouziah dalam laporan akhbar Kosmo pada Isnin
berkata, dia tidak pernah merancang untuk bertunang seperti yang didakwa dalam
masa terdekat ini.
"Saya sendiri tidak tahu bila akan bertunang. Orang yang beri kenyataan itu cukup hebat kerana lebih tahu tentang perkara yang saya sendiri belum tahu," katanya.
Pelakon itu berkata, dia terkilan apabila
sebuah ruangan gosip mendakwa dia bakal bertunang tanpa menyiasat dahulu
kebenaran mengenai perkara itu.
Ujar Fouziah, dia masih belum terfikir untuk
berkahwin atau bertunang buat masa ini namun jika perkara itu terjadi dia
sendiri akan hebahkan kepada media.
"Jika tidak pasti, sahkan dengan saya dahulu dan bukannya buat andaian bukan-bukan sebegini dan seterusnya mengelirukan semua pihak," katanya. -mstar.com.my
1 comment:
waw andai saja yah
Post a Comment