1. AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG
Kawallah pemakanan proses penuaan agar dapat dilambatkan, sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jika boleh perbanyakkanlah makanan yang berserat tinggi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan hindarilah juga dari makanan yang berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafein, minuman ringan dan makanan ringan. Tapi untuk sesekali tidak mengapalah yea..
2. GUNA PELEMBAP YANG SESUAI
Apabila umur anda telah menjangkau 30an ketahuilah bahawa anda digalakkan menggunakan pelembap yang sesuai dengan umur anda. Ini adalah untuk keanjalan dan kelembapan kulit anda yang semakin berkurangan.Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan bahawa krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit anda. Hati anda berhati-hatilah dalam memilih produk kecantukan diluar sana. Jangan mudah tertipu..
3. KURANGKAN MUKA DARI TERKENA PANCARAN MATAHARI
Cuba elakkan raut muka anda dari terus terkena pancaran matahari. Jangan biarkan muka anda terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Ini kerana pendedahan kulit muka yang terdedah lama pada cahaya matahari boleh menyebabkan kulit anda menjadi gelap, bahkan ia juga boleh mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
4. BERSENAM BOLEH MERAWAT KESIHATAN DAN KULIT
Sentiasa bersenam setiap hari kerana ia mampu meningkatkan tahap keupayaan dan kesihatan anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun dari tidur. Dan jika anda berkesempatan, lakukanlah senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tahukah anda dengan bersenam mengikut jadual yang tetap ia akan membuatkan badan dan minda anda lebih cerdas. Bahkan tidur anda juga lebih lena. Di samping itu, senaman boleh merawat kulit muka menjadi sihat dan boleh mengeluarkan minyak tersumbat di liang roma.
5. MINUM AIR KOSONGG SECUKUPNYA
Digalakkan minum banyak air kerana ia mampu memperlambatkan proses penuaan dan kekeringan kulit pada wajah dan tubuh badan anda. Tahukah anda bahawa jika tubuh badan kita kekurangan air ia boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain dari itu, air juga penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
6. VITAMIN ATAU SUPPLEMENT
Makanan tambahan seperti pengambilan vitamin adalah amat digalakkan. Kebanyakan wanita kesibukan tugas ditempat kerja, rumah menyebabkan sebilagan wanita dimalaysia ini jarang mengambil atau mengamalkan pemakanan yang seimbang. Vitamin atau supplement ini sangat penting untuk membantu tubuh menjadi sihat.
7. KURANGKAN MEKAP TEBAL
Elakkan pemakaian mekap yang tebal, seelok-eloknya anda gunakanlah mekap yang tampak nipis dan sederhana sahaja. Pastikan mekap dibuang dengan bersih dan muka dicuci dengan pembersih muka.
8. SOLAT
Janganlah lupa untuk menunaikan solat lima waktu juga kerana setiap gerak solat tersebut boleh membantu tahap kesihatan anda lebih optimum lagi. Bahkan dengan mendekatkan diri juga jiwa anda akan merasan tenang sekali gus akan menghilangkan stress pada diri…
9. KETERAMPILAN YANG POSITIF DAN CERIA
Keterampilan yang positif dan ceria haruslah diamalkan selalu kerana ia akan mencerminkan aura dalam diri yang sentiasa tenang dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Katahuilah bahawa dengan pemikaran yang sihat akan membantu anda membina keyakinan diri yang baik.
4 comments:
hehe yang penting hati tu kenaler bersih juga...
boleh juga guna vco sebagai makanan tambahan utk kesihatan.. blh ke sini --> http://secretbeautydeayu.blogspot.com
thank Q for the tips.. :)
Me suke mekap tebal..heheheh :)
Post a Comment