Assalamualaikum semua, alhamdulillah...mama telah memenangi 'Mothers Day Contest' anjuran fb Enchanteur..hadiah yang mama telah menangi ialah...
Coretan yang mama bingkiskan ialah...
Kasih sayang umi dan abah sentiasa segar dan berlimpahan menaungi kebahagiaan kami sekeluarga.Luahan perasaan abah terhadap umi dapat dirasai kami adik beradik. Segala penghargaan abah terhadap umi jelas dinyatakan sepanjang usia mereka dengan limpahan emosi, perkongsian rasa kasih, pengucapan kata-kata azimat kasih suci mereka dan keintiman perhubungan mereka berdua . Segala susah payah dalam membesarkan kami dikongsi bersama oleh mereka. Tidak pernah ku dengar keluhan hati abah mahupun rintihan kekesalan oleh umi dalam memastikan kehidupan kami terjamin.Abah selalu membantu umi melakukan segala kerja rumah walaupun setelah penat bekerja. Pengorbanan umi selalu dihargai oleh abah apabila sentiasa menggembirakan umi walaupun tiada hadiah istimewa yang disediakan kerana keluarga bukanlah dalam kalangan keluarga yang berada.Abah terlalu menyanjungi umi hingga ke nafasnya yang terakhir.Pemergian abah untuk selamanya amat menguji ketabahan umi mengharungi ranjau demi membesarkan kami adik beradik.Segala kasih sayang abah menjadikan umi seorang wanita yang kuat dan masih utuh dengan seluruh jiwa raganya dipenuhi dengan rasa cinta kasih terhadap abah sehingga akhir hayat umi ,16 tahun selepas pemergian abah. Sesungguhnya, jalinan kasih mereka berdua mengalir dalam darah kami semua sehingga kami membina keluarga sendiri. Semoga perasaan kasih sayang antara kami akan kekal selamaya hingga ke hujung nyawa. Al fatihah buat Allahyarhan Abdul Jalil bin Katas dan Allahyarhamah besah Hj. Seman. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.Amin.
6 comments:
Tahniah Kak Tunz.. Tersentuh membaca hasil nukilan akak ni.
tahniah
tahniiah mama
wahh, tahniah ya mama
bestnya... murah rezeki... mama tunz sk join contest kt fb kan... tu yg bertuah :-)
valium online valium 10 mg image - where to get valium in bali
Post a Comment