HALAMAN

Saturday, July 21, 2012

CARA ELAK NAFAS BERBAU



1) Gunakan ubat gigi berflorida kerana ia berperanan penting dalam mengawal plak serta mengukuhkan selaput luar gigi. Penggunaan ubat gigi berperisa pudina juga bagus kerana ia mengeluarkan lendir di bahagian rahang dan juga rongga hidung. Hasilnya nafas tidak lagi berbau bahkan bertambah segar.

2) Kebanyakkan kita masih lagi belum dapat membiasakan diri dengan penggunaan flos yang berkesan dalam membersihkan sisa-sisa makanan yang terdapat pada celahan gigi. Jika ini dibiarkan, makanan yang terkumpul itu akan bertindak balas dengan enzium air liur sekali gus mengakibatkan nafas berbau.

3) Selain itu bersihkan juga bahagian lidah kerana di situlah terkumpulnya sisa makanan yang menjadi makanan bakteria. Untuk membersihkannya dengan lebih berkesan, gunakan bahagian khas berus gigi yang dinamakan tongue scraper.

4) Makanan yang diambil turut mampu memberikan kesan dalam situasi ini. Untuk itu, berpada-pada dengan pengambilan makanan yang mengandungi banyak bawang, bawang putih dan juga makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Bagi penggemar ulam-ulaman, elakkan makan yang menyebabkan bau kuat seperti petai dan jering. Gantikan ia dengan ulam yang tidak meninggalkan bau yang kurang menyenangkan iaitu pegaga atau pun ulam raja.

5) Pastikan waktu makan juga teratur dan jangan menahan lapar untuk jangka masa yang lama kerana ia juga ialah salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah nafas berbau. Apabila perut kosong, asid di dalam perut akan bertindak balas dengan sisa makanan sekali gus membuatkan nafas berbau.

6) Mungkin sudah menjadi tabiat sebahagian daripada kita yang gemar memakan gula-gula untuk menghilangkan bau nafas yang kurang menyenangkan. Bagaimana pun tindakan itu sebenarnya boleh mengakibatkan keadaan menjadi semakin teruk. Ini kerana sisa gula-gula akan merosakkan gigi kerana ia menggalakkan pengeluaran air liur serta pembiakan bakteria.

7) Untuk mengatasi atau mengurangkan masalah ini, gunakan ubat kumur bagi menyegarkan nafas. Selain itu tidak salah untuk mencuba petua-petua tradisional kerana ia juga boleh membantu. Antara yang sering diamalkan ialah mengunyah cengkih dan meminum air rebusan kacang hijau.

Semoga tip-tip ini akan menghindarkan kito daripada masalah mulut berbau sepanjang mengerjakan ibadah puaso yer...

Sumber : Majalah Dewi & Keluarga

3 comments:

Pen Biru said...

salam ramadhan..moga ramadhan kali ini lebih diberkati

Pen Biru said...

salam ramadhan..moga ramadhan kali ini lebih diberkati

Pen Biru said...

salam ramadhan..moga ramadhan kali ini lebih diberkati