HALAMAN

Thursday, November 15, 2012

Abang YB Jempol maut nahas

Jempol: Abang dan kakak ipar Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin, maut apabila kereta mereka merempuh lori simen yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 2, Jalan Bahau-Kemayan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Udin, 74, mati di tempat kejadian, manakala isterinya, Sanah Ismail, 72, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Jempol, akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, berkata Proton Waja dipandu Udin tidak sempat berhenti di laluan menuruni bukit itu lalu merempuh belakang lori berkenaan.


Berikutan perlanggaran itu, bahagian depan Proton Waja terbabit remuk akibat terperosok di bawah lori mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit.

Kedua-dua mangsa dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba tidak lama kemudian dengan seorang daripada mereka meninggal dunia, manakala seorang lagi mati di Hospital Jempol, katanya, di sini, semalam.

Difahamkan, pasangan itu yang tinggal di Kampung Felcra, Ayer Hitam, Bahau, di sini, dalam perjalanan untuk membeli barang keperluan di Bahau.

Sementara itu, Lilah ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Jempol, berkata Udin yang juga anak kedua daripada 12 beradik itu, seorang yang disenangi ahli keluarga dan rapat dengan semua anak saudaranya.
Dia sering memberi nasihat supaya mereka menjadi orang berguna kepada agama, bangsa dan negara, katanya yang kali terakhir bertemu pasangan itu ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini.

No comments: