HALAMAN

Monday, August 11, 2014

Bekas isteri, anak menggelupur

Sibu: Seorang lelaki tergamak menyimbah asid dan membiarkan bekas isteri dan anak perempuannya menggelupur kesakitan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Tong Sang, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Dora Ganai, 34, dan anak perempuannya, Rabilca Nain, 11, melecur di belakang dan paha selepas bekas suami berusia 30-an menceroboh rumah didiami dua beranak sebelum menyerang mereka.

Sumber berkata, ketika kedua-dua beranak itu sedang nyenyak tidur, mereka dikejutkan dengan kehadiran suspek yang membawa botol berisi asid.
 
Suspek kemudian mencurahkan asid ke atas dua beranak yang ketika itu sedang tidur mengiring. Selepas menyimbah asid, suspek melarikan diri meninggalkan mangsa yang meraung kesakitan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dua beranak itu bernasib baik kerana asid disimbah suspek tidak terkena muka masing-masing sebalik belakang badan dan paha.

Kejadian itu mengakibatkan Dora dan anaknya melecur di belakang badan serta kedua-dua paha. Dalam pada itu, wanita itu memberitahu, mereka sudah bercerai dua tahun lalu.
Mangsa bercerai akibat tidak tahan dengan sikap kaki panas baran serta kuat cemburu bekas suaminya. Mangsa ada memberitahu sepanjang bersama lelaki itu, dia dituduh bertemu lelaki lain malah sering dimaki hamun dan dipukul sebaik pulang dari kerja,” katanya.

Dalam pada itu, polis yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke rumah mangsa sebelum menemui cecair dipercayai asid dalam botol yang ditinggalkan.

No comments: