Sunday, December 21, 2014
Saturday, December 20, 2014
final Piala Suzuki AFF
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh
yakin anak buahnya mampu menewaskan Thailand pada perlawanan akhir kedua
Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Beliau berkata, kehadiran penyokong yang ramai pada perlawanan itu sudah tentu akan memberi tonik tambahan kepada pemain negara untuk menampilkan aksi terbaik di laman sendiri.
"Saya mengakui bukan tugas mudah berdepan pasukan Thailand yang mempunyai kelebihan dari segi stamina, selain mereka juga mempamerkan corak permainan pantas. Namun beraksi di tempat sendiri, kita mesti tampilkan sesuatu kepada penyokong," katanya pada sidang media praperlawanan berkenaan di Petaling Jaya, hari ini.
Pengendali skuad kebangsaan itu berkata, beliau akan membuat sedikit rombakan dalam kesebelasan utama selepas pemain berpengalaman Indra Putra Mahayuddin terpaksa disisihkan berikutan kecederaan pada kaki kirinya.
Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang optimis pasukannya mampu meraih kejuaraan keempat kejohanan bola sepak serantau itu dengan berbekalkan kelebihan dua gol daripada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, Rabu lepas.
Bekas pemain kebangsaan Thailand yang lebih dikenali sebagai 'Zico' itu berkata, pasukannya akan mengekalkan corak permainan menyerang seperti yang dipamerkan pada perlawanan akhir pertama yang lepas.
"Perlawanan esok sudah tentu hebat kerana saya difahamkan tiket perlawanan sudah habis terjual. Kami belum selamat walaupun mempunyai kelebihan dua gol," katanya.
Kiatisuk berkata, beliau membariskan ramai pemain muda pada kejohanan berkenaan bagi mempersiapkan mereka menghadapi tiga kejohanan utama tahun depan iaitu Sukan SEA di Singapura, pusingan kelayakan Sukan Olimpik Rio 2016 dan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.
"Sebab itu, saya memberi mereka (pemain muda) peluang dan saya berpuas hati mereka menampilkan permainan yang baik," katanya.
Pada perlawanan akhir pertama Rabu lepas, Malaysia tewas 0-2. Skuad Harimau Malaya muncul juara edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal.
Sementara, Thailand menjuarai kejohanan berkenaan pada 1996, 2000 dan 2002. - Bernama

Labels:
BERITA AKHBAR,
berita sukan,
SUKAN
Tuesday, December 16, 2014
SEMAKAN KEMASUKAN KE SBP
Semakan
keputusan kemasukan SBP 2015 Tingkatan 1 secara online. Semakan
keputusan SBP 2015 Tingkatan 1 masih belum diumumkan lagi. Difahamkan
yang keputusan dijangka diumumkan pada minggu ketiga bulan Disember 2014
iaitu selewat-lewatnya 27 hari daripada keputusan UPSR 2014 diumumkan.
Sebelum ini keputusan UPSR 2014 telah diumumkan pada 26 November 2014.

BERITA
Ciri-ciri Membina Keluarga Bahagia
salam semua..kali ni mama nak shre sedikit maklumat ..semua pun tahu tentang hal ini ..kebetulan mama mencari bahan-bahan buat anak2 murid pandu puteri tunas untuk fail log mereka..so bacalah untuk tambah ilmu dan renungan bersama ye...
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan
kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian
dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan
sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa merupakan guru terdekat yang harus
menunjukkan teladan yang baik "role model". Ibu bapa ialah teladan
anak-anak, bak kata pepatah ,” bagaimana acuan, begitulah kuihnya."
Di samping itu, ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka tidak terjebak dalam gejala negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi.
Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa tidak patut mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-
anak.
Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak harus menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, gengsterisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya.
Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa. Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga harus saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga harus sentiasa membantu dan bekerjasama.
Sebagai kesimpulan, semua ahli keluarga harus memainkan peranan dalam mewujudkan keluarga bahagia. Untuk membina sebuah keluarga bahagia, kasih sayang, toleransi dan nilai-nilai kekeluargaan harus diamalkan oleh setiap ahli keluarga.

sumber : blog Pn. Sia.(guru Pendidikan Moral)
![]() |
| mama tunz cari bahan untuk dia org ni la... |
Labels:
PANDU PUTERI
Kilang sawit rugi RM20,000
-
Anggota bomba sedang memadam kebakaran di Kilang Memproses Kelapa Sawit Pondok Kempas, semalam.
JASIN - Sebuah kilang kelapa sawit kerugian kira-kira RM20,000 setelah
mesin memproses hampas kelapa sawit terbakar awal pagi semalam.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari, Md Zin Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.50 pagi sebelum sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurutnya, pihaknya tidak mengalami sebarang masalah untuk memadamkan kebakaran namun mengalami kesukaran apabila terdapat banyak hampas sawit di bawah kabin mesin itu sehingga terpaksa menggunakan jentolak.
"Kilang yang beroperasi setiap hari itu terpaksa memberhentikan operasi mereka serta merta untuk memberi laluan anggota bomba padam kebakaran daripada terus merebak.
“Bila kami sampai mesin telah terbakar hampir 80 peratus dan operasi turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin serta Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Tambahnya, pihaknya mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk memadamkan semua kebakaran di kilang berkenaan.
“Kita mengambil masa yang agak panjang untuk memastikan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya bagaimanapun punca kebakaran masih lagi disiasat,” katanya.

BERITA AKHBAR
Sunday, December 14, 2014
kursus oh kursus
ni dah berlalu..mama nak share je dlm blog ni...actually hari ni tak ke mana2..so nak simpan memori kursus ni dalam blog..nanti bila dah buka sekolah..payahlah nampaknya nak update blog...fb selalu jugak lah kan....apa2 pun happy jugak dpt terjah blog kwn2 lama ..
| belajar juga seni bela diri |
Labels:
KURSUS PANDU PUTERI
AFC ambil alih kes penyokong Malaysia
KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) akan mengambil alih
kes kegagalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengawal penyokong
pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah
Alam pada 7 Disember lalu.
Kes tersebut sebelum ini di bawah siasatan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang juga merupakan penganjur kejohanan dwitahunan tersebut.
Segelintir penyokong Malaysia bertindak liar mencederakan beberapa penyokong Vietnam selepas perlawanan yang berakhir dengan keputusan Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam.
Setiausaha AFF, Datuk Azzuddin Ahmad berkata beliau dimaklumkan oleh pihak AFC bahawa mereka akan mengambil alih kes tersebut dan FAM dikehendaki menghantar surat tunjuk sebab bagi menjelaskan perkara tersebut kepada AFC pada Isnin ini.
"Kita (AFF) tidak boleh campur tangan lagi, memandangkan bahawa bidang kuasa AFC adalah lebih besar kerana badan tersebut mewakili 46 ahli daripada negara-negara Asia walaupun AFF ada menghantar notis surat tunjuk sebab kepada FAM pada 9 Dis lalu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Azzuddin berkata beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak FAM.
Beliau berkata berdasarkan pengalamannya FAM mungkin akan dikenakan hukuman denda atas kesalahan tersebut.
"Saya tidak fikir bahawa AFC akan mengambil tindakan lebih berat sehingga Malaysia dipaksa beraksi dalam keadaan stadium kosong tanpa peminat pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember nanti.
"Ianya adalah merupakan kesalahan yang tidak serius jika dibandingkan kes lain yang membabitkan pergaduhan yang lebih berat," kata Azzuddin.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tampil bantu siasatan kes serang penyokong]
Tindakan liar segelintir penyokong Malaysia baru-baru ini mendapat perhatian luas termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memandang serius perkara tersebut.
Khairy sebelum ini meminta maaf kepada penyokong Vietnam atas tindakan penyokong Malaysia yang mencederakan penyokong negara itu. - Bernama

berita sukan
Saturday, December 13, 2014
SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu
salam semua, mama tunz dah lama tak join apa2 segmen dalam blog ni..baru lepas terjah blog mialiana..teruja nak join segmen cikgu ayu ni..jom tengok...u all pon boleh join jugak..
kalau nak join leh terus ke link cikgu ayu ye

tarikh akhir segmen ni ialah pada 31 Dis. 2014
Labels:
SEGMEN
Stadium Bukit Jalil venue final Piala AFF Suzuki
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan Stadium
Nasional Bukit Jalil dijadikan venue bagi perlawanan akhir kedua Piala
AFF Suzuki 2014 antara pasukan Harimau Malaya dan Thailand pada 20
Disember ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan venue paling sesuai memandangkan perlawanan itu penting dan mampu menampung jumlah penonton yang besar.
"Kita menjangkakan semua tiket habis dijual nanti. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan venue terbaik kerana mampu menampung lebih ramai penonton iaitu seramai 90,000 penonton berbanding 70,000 penonton di Stadium Shah Alam," katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan padang di stadium itu bersama-sama Setiausaha Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Datuk Azzuddin Ahmad.
Hamidin berkata, beliau dan Azzudin berpuas hati dengan keadaan rumput di padang stadium itu, yang dilihatnya lebih baik berbanding stadium di negara lain yang turut menjadi venue perlawanan Piala AFF Suzuki.
Sementara itu, Azzudin berkata beliau berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang disifatkannya sesuai untuk perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014.
"Walaupun ada beberapa kerja-kerja akhir, saya yakin dalam masa kurang seminggu, Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia menjadi gelanggang penentuan juara Piala AFF Suzuki 2014," kata Azzudin.
Bekas Setiausaha Agung FAM itu berkata, daripada pemerhatiannya, padang Stadium Nasional Bukit Jalil adalah 40 peratus lebih baik jika dibandingkan dengan gelanggang perlawanan sebelum ini termasuk My Dinh National Stadium di Hanoi, Vietnam yang menjadi venue perlawanan separuh akhir kedua antara pasukan Harimau Malaya dan Vietnam Khamis lepas.
Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata, beliau rasa gembira apabila akhirnya Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue utama Piala AFF Suzuki 2014 setelah pihaknya bertungkus-lumus berusaha membaik pulih rumput sejak sebulan lepas.
"Kedua-dua pihak FAM dan AFF memberi lampu hijau bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil memenuhi piawaian dan semua dapat melihat sendiri bahawa keadaan rumput bertambah baik daripada sebelum ini," katanya.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin mengarahkan Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih rumput susulan kerosakan yang berlaku selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 1 November lepas.
Kementerian mencuba dua jenis rumput iaitu 'Cow Grass' dan 'Bermuda Green Mountain' untuk padang stadium itu. – Bernama

BERITA,
BERITA AKHBAR,
berita sukan
Friday, December 12, 2014
Teater Takhta 3 Ratu dianjak sehari hormati pemergian ibu Awie
Sesi latihan teater Takhta 3 Ratu arahan sutradara Erma Fatima di Istana Budaya. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
KUALA LUMPUR: Bagi menghormati situasi getir yang dilalui salah
seorang pelakon teater Takhta 3 Ratu, Awie yang baru kehilangan ibunda
tersayang pagi tadi, pihak produksi teater berkenaan memilih untuk
menganjak sehari daripada tarikh pementasan asal.Teater arahan sutradara Erma Fatima itu sepatutnya dipentaskan malam esok sekali gus berlangsungnya malam pratonton untuk media.
Namun disebabkan memahami keadaan pelakon berkenaan, perubahan tarikh terpaksa dilakukan.
Asalnya teater berkenaan mula dipentaskan esok hingga 22 Disember ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Pihak produksi teater turut memberitahu malam pratonton media hanya akan diadakan pada malam Isnin ini.
Selain Awie, Takhta 3 Ratu turut dibintangi Erra Fazira, Izreen Azminda, Soo Wincci, Datuk Rahim Razali, Remy Ishak dan Beto Kusyairy. Tiket menonton teater Takhta 3 Ratu yang akan dipentaskan bermula esok hingga 22 Disember ini di Istana Budaya dijual berharga RM50 hingga RM350.
Ia boleh dibeli di kaunter Istana Budaya atau layari laman www.airasiaredpix.com.
Labels:
BERITA HIBURAN
Kekasih gelap warisi KWSP
AYER KEROH - Hampa dan kecewa. Itulah yang dirasa seorang ibu tunggal apabila mendapat tahu dia tidak layak menuntut wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik suami selepas kematian lelaki itu.
Sebaliknya nama waris yang tertera adalah individu lain yang didakwa sebagai ‘kekasih gelap’ suami.
M Tamil Selvee, 48, dari Taman Kesang Damai, Jasin, berkata, perkara itu hanya disedarinya ketika tampil ke pejabat KWSP Cawangan Jasin, Julai lalu dan pegawai terbabit menjelaskan suaminya telah menukar nama waris kepada wanita berkenaan.
Selvee yang hanya meraih pendapatan sebanyak RM322 sebulan sebagai tukang sapu di sebuah kuil, mengenali wanita terbabit dan tahu hubungannya dengan suami selama ini.
“Saya memang tahu hubungan suami, tetapi apa boleh buat, sebagai isteri saya kena patuh padanya. Tetapi saya tidak sangka dia (suami) tergamak sehingga sanggup menukar nama waris KWSP miliknya kepada wanita itu.
“Saya puas merayu kepada wanita itu supaya memberikan sebahagian wang itu untuk keperluan keluarga saya tetapi dia langsung tidak mengendahkannya,” katanya ketika ditemui di pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, di sini, semalam.
Menurut Tamil Selvee, suaminya, Mendiang K Chellamanickam, seorang pemandu jentolak, meninggal dunia pada Julai lalu selepas mendapat kemalangan di tempat kerja.
Katanya, mendiang suaminya pernah mengeluarkan wang berkenaan sebelum kematiannya beberapa bulan lalu sebaik usianya genap 50 tahun.
Ibu tunggal itu bercadang untuk mengeluarkan baki wang berkenaan yang jumlahnya lebih kurang RM31,000.
“Saya mempunyai tiga anak tetapi dua daripadanya sudah meninggal dunia akibat sakit. Kini tinggal anak perempuan saya berusia 26 tahun tetapi dia sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Harapan saya, wang berkenaan dapat digunakan untuk keperluan keluarga.
“Saya ingin nasihatkan isteri-isteri di luar sana supaya semak penama KWSP suami supaya apa yang menimpa saya tidak terjadi kepada wanita-wanita lain yang kematian suami.
Begitu juga buat suami, jangan tergamak perlakukan isteri seperti ini, hanya kerana terpengaruh dengan teman wanita sampai letak penama KWSP kepada nama kekasih,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, apa yang berlaku menunjukkan kelemahan sistem penama KWSP itu sendiri sehingga pencarum sewenang-wenang meletakkan nama kepada sesiapa pun.
“Saya mencadangkan agar perkara ini diambil perhatian serius dengan meletakkan nama waris kepada mereka yang benar-benar berhak seperti anak dan isteri,” katanya.
SUMBER : SINAR HARIAN
Labels:
BERITA AKHBAR
Thursday, December 11, 2014
HARIMAU MALAYA KE FINAL PIALA SUZUKI
KUANTAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah gembira di atas pencapaian skuad Harimau
Malaya yang berjaya layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014.
Dalam separuh akhir kedua di Hanoi, malam ini, skuad negara menang 4-2 ke atas Vietnam dan layak atas agregat 5-4 untuk bertemu Thailand.
Dalam satu kenyataan media, beliau bersyukur dengan kejayaan berkenaan dan ia menepati sasaran ditetapkan oleh FAM yang mahu skuad kendalian Dollah Salleh itu melangkah ke perlawanan akhir.
"Terima kasih kepada Dollah Salleh dan pemain yang beraksi dengan semangat kental bagi memastikan Malaysia layak bermain di final," katanya di sini, sebentar tadi.
Beliau juga yakin Dollah dan anak buahnya akan berusaha untuk menunaikan hasrat peminat yang mahu skuad kebangsaan menjulang Piala AFF Suzuki iaitu kejohanan bola sepak berprestij di Asia Tenggara.
Kali pertama Malaysia memenangi piala itu adalah pada 2010 menerusi skuad dikendalikan Datuk K Rajagobal.
Skuad Harimau Malaya yang kalah 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada Ahad lalu, bangkit mencatat kemenangan selesa 4-2 pada aksi timbal balik di Stadium My Dinh di Hanoi, Vietnam malam ini.
Dalam perlawanan akhir timbal balik pada 17 Disember ini, Malaysia akan menentang Thailand yang sebelum ini menewaskan Filipina dengan agregat 3-0 di Bangkok, semalam.

INFO
Sunday, December 7, 2014
LOGO PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
salam Pandu Puteri!
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang PPPM, anda bolehlah berkunjung ke website rasmi mereka di PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. Kepada yang berminat anda boleh juga mendaftar secara online sebagai Sukarelawan dan juga Sahabat Pandu Puteri.
Untuk pengetahuan guru-guru Pandu Puteri, ahli-ahli Pandu Puteri dan
juga sesiapa sahaja yang ingin menggunakan logo Pandu Puteri, sama ada
untuk cetakan pada sijil, fail, cenderamata, t'shirt dan sebagainya pastikan anda menggunakan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) seperti berikut:
Di dapati masih ramai yang menggunakan logo yang salah mungkin kerana
reka bentuknya yang sama. Tambahan ramai dalam kalangan kita yang hanya
merujuk Mr. Google tanpa merujuk kepada yang berautoriti dalam perkara ini.
![]() |
| Penggunaan Logo Rasmi PPPM yang betul |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang PPPM, anda bolehlah berkunjung ke website rasmi mereka di PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. Kepada yang berminat anda boleh juga mendaftar secara online sebagai Sukarelawan dan juga Sahabat Pandu Puteri.
![]() |
| Website Rasmi PPPM |
Labels:
LOGO PANDU PUTERI,
PANDU PUTERI
AJAR ANAK TULIS NAMA SENDIRI
Apa yang saya lakukan untuk mengajar anak saya mengenal namanya:
1. KAD NAMA
Tulis
nama anak di atas kad dan tampal di beberapa tempat di
biliknya/sekeliling rumah. Pastikan anda menggunakan huruf besar di
permulaan namanya sahaja; sebagai contoh 'Sofia'.
Saya menggunakan marker merah untuk menulis nama di atas kadbod putih.
Beritahu anak anda, "Ini nama Sofia." Gerakkan jari dari kiri ke kanan
pada kad nama sambil menggalakkan anak anda menyebut namanya. Do it as
many times as you can everyday. Anda boleh melakukan aktiviti ini seawal
anak berumur 18bulan.
2. BENDERA NAMA
Buat
bendera nama untuk anak anda. Saya tulis nama anak di atas kertas
segitiga dan lekatkan pada straw besar(yang kita guna untuk minum ABC).
Setiap hari galakkan anak anda untuk memilih tempat untuk diletakkan
bendera namanya. It could be in your beautiful crystal vase or just a
plastic mineral bottle. Then give her a big hug!
Guru
tadika pun boleh buat bendera nama untuk semua pelajar dalam kelasnya.
Letakkan dalam pasu plastik dan jadikan rutin pagi anak tadika mengambil
bendera namanya sambil berkata "Nama saya .... atau My name is....".
Don't forget to praise each child. Aktiviti ini sesuai untuk anak 3
tahun ke atas.
3. MENEKAP NAMA
Saya
akan laminate atau balut kad nama anak saya dengan clear plastic untuk
dia melakukan aktiviti menekap. Berikan anak anda erasable marker pen
& galakkan dia menekap namanya pada kad tadi. Galakkan anak anda
membaca namanya. Aktiviti awal tulis ini sesuai untuk anak 3 tahun ke
atas.
4. MENYALIN NAMA
Apabila
anak saya menjangkau 5 tahun saya galakkan anak saya menyalin(copy)
namanya. Saya akan tulis nama anak di atas kertas kosong. Seterusnya
saya beri peluang anak saya menyalin namanya dengan krayon secara
bebas(freehand, no lines whatsoever). Lekatkan hasil tulisan anak anda
di dinding atas pintu peti ais.
5. MENULIS NAMA
Apabila
menjangkau 6 tahun, beri peluang anak anda menulis namanya sendiri.
Gunakan pelbagai alat tulis seperti krayon, berus, pensel & kapur
untuk menjadikan aktiviti menulis lebih menarik. Anda juga boleh berikan
anak anda kertas pelbagai warna untuk ditulis. Anak saya suka menulis
di atas kertas hitam(sugar paper) menggunakan kapur yang dicelup dalam
air. Menulis nama dengan jari yang dicelup dengan cat air juga cukup
menarik. Lagi messy lagi best!
Sekiranya
anda memberi peluang menulis nama dari awal, saya yakin anak anda dapat
menulis nama sendiri sebelum melangkah ke Tahun 1. Yang mungkin problem
sikit apabila ibubapa berikan nama yang terlalu panjang kepada anak....
sebagai contoh 'Tengku Puteri Aisyatun Muneerah'(nama rekaan
semata-mata). So fikir-fikirlah bila nak menamakan anak.
SUMBER : ELIANI NIK NAWI
Labels:
AJAR MENULIS,
coret-coret dariku
ANAK PANDAI MENULIS
Menulis bagi kanak-kanak bukan mudah. Ia bukan sekadar mengerak-gerakkan
jari. Ibubapa jangan expect anak terus aje pandai menulis by the time
they are 6 years of age. Untuk kanak-kanak 4,5,6 tahun memegang pensil
dengan betul(tripod grasp), jari jemari mereka sepatutnya dirangsang
jauh lebih awal.

Daripada umur 0 - 3 tahun, beri peluang anak melakukan aktiviti
memegang, meramas, meronyok, mengoyak pelbagai bahan(kertas, plastik,
squeeze toys). Aktiviti sebegini merangsang perkembangan motor halus
kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak diberi peluang menggunakan jari
jemari mereka, nanti lebih senang kita ajar mereka memegang pensil atau
krayon dengan betul.
Cadangan untuk kanak-kanak 2-3 tahun di rumah atau di taska.
1. Aktiviti memegang(grasping/holding) - alat mainan masak-masak(sudip,
senduk, sudu, garfu), guli, pom-pom kecil, bola ping-pong, bola tenis,
bola getah(pelbagai saiz, paling besar saiz bola tenis. Beri peluang
kanak-kanak kutip guli dan/atau pom-pom dan masukkan ke dalam botol atau
bekas telur. Perbanyakkan aktiviti memegang yang memberi peluang
kanak-kanak memggunakan 3 jari( ibu jari, jari telunjuk dan jari
tengah).
2. Aktiviti meramas(squeezing) -ramas dan uli playdoh, ramas pasir, ramas perca kain, ramas mainan picit(squeeze toys)
3. Aktiviti meronyok(scrunching) - pelbagai jenis kertas( not newspaper please)
4. Aktiviti mengoyak - beri kanak-kanak jaluran kertas(paper stripes)
selebar 2cm. Galakkan mereka mengoyak kertas tadi menjadi cebisan kecil.
Pastikan kanak-kanak melakukan semua aktiviti di bawah pengawasan orang dewasa ya.
Apa yang best aktiviti-aktiviti di atas bukan saja merangsang kemahiran
jari jemari kanak-kanak tetapi juga koordinasi mata dan tangan mereka .
This skill is every important in reading and writing.
SUMBER : ELIANI NIK NAWI
Labels:
MENULIS,
PENDIDUKAN
Subscribe to:
Posts (Atom)