HALAMAN

Sunday, September 11, 2011

Dua budak dilarikan lelaki Nepal


KENDERAAN pacuan empat roda yang dilarikan seorang lelaki Nepal melanggar tembok asrama SMK Dato' Mohd. Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, kelmarin.



LELAKI warganegara Nepal yang cedera setelah kenderaan dilarikannya melanggar tembok asrama sekolah di Pekan Nanas, kelmarin.


PONTIAN 10 Sept. - Kecuaian seorang ibu meninggalkan kenderaannya dengan enjin masih hidup di Jalan Sawah, Pekan Nanas semalam untuk membeli kuih, nyaris menyebabkan dua anaknya dilarikan penjenayah.
Kejadian berlaku pukul 1.30 petang, apabila seorang suspek warga Nepal, bertindak melarikan kenderaan pacuan empat roda milik wanita itu selepas melihatnya ditinggalkan begitu sahaja.
Mujurlah kenderaan dipandu suspek terbabas dan merempuh tembok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Mohd. Yunos Sulaiman, kira-kira 800 meter dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, siasatan mendapati wanita berusia 40 tahun bersama dua anaknya berhenti membeli kuih di situ, tanpa mematikan enjin Toyota Hilux.
"Suspek yang melihat peluang itu, melarikan kenderaan tersebut bersama dua anak perempuan mangsa berusia sembilan dan 11 tahun.
"Wanita itu kemudian mengejarnya dengan menaiki kereta orang awam yang melalui jalan berkenaan.
"Setibanya di hadapan asrama sekolah, kenderaan itu gagal dikawal dan merempuh tembok. Suspek ditahan oleh orang ramai," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua anak mangsa tidak mengalami kecederaan dan siasatan mendapati suspek yang cedera ringan dalam keadaan mabuk.
Zahaliman menasihatkan orang ramai berhati-hati dan sentiasa mematikan enjin semasa meninggalkan kenderaan masing-masing.

4 comments:

tunz said...

kenapalah mak bapak ni x serik2 ..kejadian mcm ni dh byk kali berlaku.....jagalh keselamatan anak2 tu...bila dh berlaku mcm ni.mama memang salahkan mak bapak...mereka ni selalau cuai lah......ingat kita leka sesaat boleh mengundang sesalan seumur hidup......janganlah ambil mudah semua perkara...

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

oh negaraku yang semakin berkembang dan maju...jangan nak salah mak bapak dia 100peratus...masalahnya negara kita banyak didiami oleh orang yang jahat2...Dah x terkawal dah...bunuh,rompak,ragut,pecah rumah...hari2 pantang ada ruang...menuju negara maju...

tunz said...

ttpi knpa mak dia dgn cuai tinggalkan ank dlm keta yg masih hidup enjinnya..dah terjadi byk kali...sendiri x ambil berat hal ini...mmg negara kita dihuni rmai org jahat..itu sbblah kita sbg ibu bapa / org dewasa yg kena berwaspada...jgn tuding jari kpd org lain...diri sendiri kene musahabah sendiri...

p/s kejadian spt ini dah sering berlaku...semua disbbkan kecuaian ibu bapa /penjaga yg 'menjemput' org jahat....sama spt...org yg naik motor tpi x pakai helmet..bila xcdt kepala pecah...org lain yg salah ker..mmg itu namanya ajal tpi.. bencana diundang sendiri....

Anonymous said...

seringkali kita mengambil mudah perkara-perkara macam nie. usah beri peluang kepada mereka yang ingin mengambil kesempatan. cegah sebelum terlambat.