HALAMAN

Monday, August 23, 2010

MERCUN LAGI!!!!

Murid cedera di mata akibat mercun
23/08/2010 10:01am

KOTA BAHARU, 22 Ogos — Seorang pelajar tahun dua cedera ringan di mata, muka dan tangan kirinya apabila mercun bola dijumpainya meletup di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Muhammad Aman Azrol Che Senik, 8, sedang bermain di padang permainan dan menjumpai mercun berkenaan.

Mangsa dan adiknya, Muhammad Azin, 5, cuba menyalakan mercun itu dengan mencampakkan ke dalam api yang telah dibakar dengan kertas menyebabkan mercun itu meletup dan serpihan bahangnya terkena mangsa.

Ibu mangsa, Yusnita Abas, 39, berkata anaknya itu berlari pulang ke rumah yang terletak 50 meter dari padang berkenaan sambil menangis dan menutup mata kirinya yang berair.

"Saya juga lihat ada kesan putih dan kemerahan pada pipi danjari tangan kirinya melecur. Saya kemudian meminta bantuan adik ipar saya untuk menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di hospital HRPZ II, di sini, semalam.

Katanya, doktor mengesahkan anaknya itu tidak mengalami kecederaan serius terutama di bahagian mata danhanya memerlukan rawatan susulan bagi memulihkan kecederaan. — Bernama

No comments: