HALAMAN

Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

HADIAH TERISTIMEWA


Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah 'doa' .
Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah 'kemaafan' .
Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah 'kejayaan'  
Hadiah terbaik untuk murid adalah 'tauladan' .
Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah 'kasih sayang' .
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah 'Al-Fatihah' .
Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah 'bakti' .

Thursday, August 11, 2011

Ahli atau Anggota Persatuan

huhhh....
KEDUA-DUA  pasangan kata  dalam tajuk makalah ini memperlihatkan pengertian yang sama.  Kendatipun begitu, apabila dilihat secara lebih teliti, kelihatan pula perbezaan maknanya.
             Ahli dan anggota mempunyai perbezaan dan persamaan. Ayat contoh berikut memperlihatkan persamaan makna antara kedua-duanya:
  1. (a) Dia ahli Persatuan  Belia 4B.
(b) Dia anggota Persatuan Belia 4B.
             2.  (a) Ahli keluarga saya saling membantu.
                 (b) Anggota  keluarga saya saling membantu.

            Contoh-contoh yang berikut ini pula memperlihatkan ketidaksamaan makna antara kedua-duanya:
            3.(a) Dia seorang yang ahli dalam bidang sains fizik.

Kita tidak boleh mengatakan,
            3. (b) Dia seorang yang anggota dalam bidang sains fizik.

Demikian juga halnya dengan ayat  (4. a),
            4. (a) Sekalian anggota badan saya terasa sakit-sakit.

Kita tidak boleh mengatakan,
            4. (b) Sekalian ahli badan saya terasa sakit-sakit.

            Saya kira, kita berasa lebih senang menyebut anggota persatuan.  Hal ini secara demikian kerana ahli membawa makna  “pakar” , seperti dalam ayat contoh (3) di atas. Sesorang yang ahli dalam bidang tertentu itu, seperti ahli ekonomi, ahli politik, ahli bahasa, ahli perubatan tradisional dan sebagainya mempunyai kemahiran dalam bidangnya masing-masing.

 Bagi kita yang biasa dengan kegiatan berpersatuan, dalam perlembagaan persatuan terdapat peruntukan tentang jenis-jenis dan syarat-syarat serta yuran ahli.  Semua perkara ini diletakkan di bawah tajuk “keahlian” persatuan.

             Perkataan keahlian membawa makna kepakaran.  Demikianlah setiap kali kita melihat perkataan keahlian dalam mana-mana perlembagaan persatuan, kita menghubungkannya dengan konsep kepakaran.  Saya kira adalah wajar jika perkataan keanggotaan digunakan untuk menggantikan perkataan  keahlian bagi membincangkan hal-hal yang berhubung dengan syarat-syarat menjadi anggota sesebuah persatuan. 

             Selain persatuan ada pula kesatuan.  Kedua-dua perkataan ini berasal daripada perkataan satu.  Pada lumrahnya, perkataan yang berapitan “per-...-an” membawa maksud proses, manakala perkataan berimbuhan “ke-...-an” pula membawa maksud statik.   Tidak demikian halnya dengan kedua-dua perkataan yang di atas.  Kedua-duanya membawa maksud statik.  Yang menunjukkan maksud proses ialah “penyatuan”.  Misalnya, Penyatuan Korea Utara dengan Korea Selatan belum menjadi kenyataan lagi kerana kedua-dua buah negara itu mempunyai aliran siasah yang sungguh berbeza.
             Kalau sudah demikian, apakah perbezaan antara kedua-duanya?  Perbezaan antara kedua-duanya terletak dari segi undang-undang yang timbul kerana keperluan membezakan  antara konsep association dengan union.  Demikianlah maka perkataan persatuan digunakan untuk membawa maksud  association manakala perkataan kesatuan (seperti kesatuan sekerja) digunakan untuk maksud union (seperti trade union).

 Perbezaan ini jelas kelihatan apabila kita mendapati ungkapan seperti persatuan kebajikan dan kesatuan sekerja, tidak pula dikatakan kesatuan kebajikan; pun tidak dikatakan persatuan sekerja.

             Apakah perbezaan dari segi undang-undang antara persatuan dengan kesatuan?  Secara ringkas, persatuan berupa badan sosial dan kebajikan atau profesional.  Kesatuan pula berupa badan yang mewakili pekerja dalam satu-satu bidang pekerjaan tertentu yang mempunyai hak yang sah bagi memperjuangkan hak bagi pihak pekerja  dengan pihak majikan atau pihak pengurusan.  Kuasa yang tinggi yang boleh dilakukan oleh  kesatuan ialah, dengan persetujuan anggota-anggotanya (ahli), melancarkan mogok sebagai jalan terakhir untuk memperjuangkan tuntutan mereka terhadap pengurusan atau majikan.

             Demikianlah, perlunya kita meneliti sebelum menggunakan perkataan-perkataan yang pada imbas pertama kelihatannya sebagai seerti.

Perlukah Tanda Koma sebelum dan?


(Bahagian 1)

BOLEHKAH tanda koma (,) diletakkan sebelum kata hubung  dan  dalam sesuatu ayat? Demikianlah pertanyaan yang sering dikemukakan oleh para pelajar kepada guru Bahasa Melayu mereka.

 
Ada orang yang meragui kegramatisan ayat sekiranya tanda koma diletakkan sebelum kata hubung dan  kerana, lazimnya dalam penulisan, tanda koma tidak diletakkan sebelum kata hubung  dan, dalam erti kata bahawa tanda koma tidak perlu dibubuhkan di hadapan kata hubung dan.
Bentuk begini (kata hubung dan tidak didahului oleh tanda koma) sudah menjadi amalan biasa dalam penulisan, sejak sekian lama. Oleh itu begitu banyak orang beranggapan bahawa apabila tanda koma dibubuhkan sebelum dan, maka bentuk begini menyalahi tatabahasa.  Dengan kata lain, ayat yang terbentuk itu salah tatabahasanya.

  1. Orang itu kaya tetapi kedekut.
  2. Aiman mandi sambil  bernyanyi.
  3. Naidu serta Beego pergi ke sekolah.
  4. Langit mendung lalu hujan pun turun.
  5. Esok atau lusa, Kavita akan ke rumah Halena.
 Dan  dikatakan sebagai kata hubung kerana fungsinya menghubungkan dua atau lebih daripada dua ayat setara sifatnya menjadi satu ayat.  Ayat itu dinamai ayat majmuk gabungan. Contoh:
  1. Ibu dan kakak mengemas rumah.
(ayat pertama: Ibu mengemas rumah.  ayat kedua:    Kakak mengemas rumah.)
  1. Datuk Ai Ling berkebun sayur dan berternak itik.
(ayat pertama:  Datuk Ai Ling berkebun sayur.  ayat kedua:     Datuk Ai Ling berternak itik.)
            Fungsi koma adalah untuk menggantikan kata hubung yang ditiadakan dalam ayat. Perhatikan ayat contoh yang ini:
  1. Ibu membeli  selendang warna biru dan merah jambu dan hijau dan kuning.
 Dalam ayat 8 di atas, jelas sekali penggunaan dan yang berulang itu menjemukan, serta merosakkan kepersisan bahasa .  Oleh itu, semua kata dan digugurkan kecuali yang terakhir, dan tempat kata hubung dan yang digugurkan itu digantikan dengan tanda koma. Maka lahirlah ayat yang begini:
            8. (a)   Ibu membeli selendang warna biru, merah jambu, hijau, dan kuning.
 
Dalam ayat 8(a) terdapat tiga tanda koma, iatu selepas perkataan biru, merah jambu, dan hijau.  Koma selepas perkataan hijau itu menerbitkan bentuk tulisan yang menggunakan tanda koma sebelum kata hubung dan.  Apakah perlu digunakan koma yang terakhir itu? Tidakkah boleh digunakan dua koma sahaja, iaitu selepas perkataan biru dan merah jambu seperti ayat 8(b) yang di bawah ini.
            8. (b)   Ibu membeli selendang warna biru, merah jambu, hijau  dan kuning.
 
            Jikalau tiada tanda koma selepas perkataan hijau, maka maksud ayat itu boleh bererti bahawa hanya tiga helai selendang yang dibeli oleh ibu, iaitu selendang yang berwarna biru, selendang merah jambu dan selendang hijau dan kuning. Hijau dan kuning mungkin juga merujuk dua warna selendang, iaitu selendang berwarna hijau dan selendang berwarna kuning.  Jikalau demikian halnya, maka ibu telah membeli empat helai selendang, masing-masing berwarna biru, merah jambu, hijau, dan kuning
Tetapi mungkin juga ibu telah membeli tiga helai selendang, iaitu selendang berwarna biru, selendang berwarna merah jambu, dan selendang berwarna hijau kuning. Oleh itu, perbezaan ini hanya dapat dijelaskan sekiranya tanda koma digunakan. Sekiranya ada koma sesudah perkataan hijau, maka jelaslah hijau dan kuning terpisah, dengan itu merujuk dua warna  selendang yang berlainan, iaitu warna hijau dan warna kuning.
            Demikian betapa perlunya tanda baca koma dibubuhkan sebelum kata hubung dan bagi tujuan menunjukkan maksud ayat yang hendak dinyatakan.  Oleh itu, tidak ada salahnya tanda baca tersebut diletakkan di hadapan kata hubung dan dalam ayat jika maksudnya untuk menjelaskan kekaburan maksud sesuatu ayat.

Tuesday, July 26, 2011

Perbezaan Ialah Dan Adalah

Assalamualaikum semua
kali ni mama tunz nak kongsi sedikit ilmu.
Pagi tadi di sekolah cikgu Baharuddin bg tau yg dia masih kabur tentang
penggunaan istilah ialah dan adalah.
Mari kita sama-sama baca dan fahami perbezaan penggunaan kata pemeri ini...
faham betul2 ye cikgu baha...


*Kata Pemeri ialah hendaklah digunakan di hadapan kata nama. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri ialah

1. Pengetua sekolah saya ialah Paun Rahimah Bt Abdullah

*Kata pemeri adalah digunakan di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama seperti berikut:

2. Tarikh kejohanan itu adalah pada 15 Mei 2010-05-18
3. Adalah sukar untuk beliau membuat keputusan itu.

*Namun demikian kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja seperti dalam ayat di bawah ini:

4. Keputusan penyertaan adalah  bergantung pada pihak pengurusan syarikat tersebut. (salah)

*Kata pemeri ialah pula boleh diikuti kata kerja atau frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama.

Contohnya:
5. Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik dan memberikan nafkah kepada anak-anak.

HURUF DIFTONG


2.1.3 Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:

Bunyi
Huruf
di depan
di tengah
di belakang
/ai/


/au/


/oi/
ai


au


oi
aising


aurat
auditorium

oidium
ghairah
trailer

saudara


boikot
pandai


harimau


amboi

HURUF KONSONAN


2.1.2 Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti rajah di bawah:

Bunyi
Huruf
di depan
di tengah
di belakang
/b/

/c/

/d/

/f/

/g/

/ğ/

/h/

/j/

/k/

/x/

/l/

/m/

/n/

/ŋ/

/ń/

/p/

/q/

/r/

/s/

/ś/

/t/

/v/

/w/

/y/

/z/

b

c

d

f

g

gh

h

j

k

kh

l

m

n

ng

ny

p

q

r

s

sy

t

v

w

y

(i)         z
(ii)      x

bahasa

cakap

dua

fakir

guna

ghaib

hari

jalan

kami

khusus

lekas

maka

nama

ngilu

nyata

pasang

Qur’an

raih

sampai

syarat

tali

vitamin

wanita

yang

zaman
xenon
sebut

kaca

ada

tafsir

tiga

maghrib

saham

manja

paksa

akhir

alas

kami

anak

angin

hanya

apa

wuquf

bara

asli

isytihar

mata

universiti

hawa

payung

lazat
-
adab

Mac

abad

maaf

beg

mubaligh

tuah

kolej

katak

tarikh

kesal

diam

daun

pening

-

siap

buraq

putar

lemas

Quraisy

rapat

-

-

-

lafaz
-