HALAMAN

Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Friday, June 12, 2015

'Macau Scam' berlagak anggota polis

MELAKA - Orang ramai diingatkan mengenai sindiket 'Macau Scam' yang berlagak sebagai anggota polis bagi memperdaya mangsa.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata pihak polis tidak akan membuat sebarang urusan dengan anggota masyarakat melalui panggilan telefon sebaliknya mereka akan diminta hadir ke Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) atau Ibupejabat Polis Daerah sekiranya diperlukan untuk membantu siasatan.
"Semalam saya sendiri menerima maklumat daripada seorang ahli perniagaan bahawa dia mendapat panggilan telefon daripada kononnya Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Negeri yang mendakwa ahli perniagaan berkenaan terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.
"Ahli perniagaan itu kemudiannya diminta menghubungi seorang lagi pegawai polis kononnya dari Hong Kong melalui nombor yang diberikan, tetapi ahli perniagaan itu tidak mengendahkan arahan tersebut," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan seumpama itu diminta agar mendapatkan pengesahan dari IPK Melaka sebelum mengikut arahan atau permintaan sindiket berkenaan melalui panggilan telefon.   
Chuah berkata ini kerana sindiket itu mempunyai pelbagai helah untuk memperdaya mangsa dan menyebabkan kerugian wang tunai.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya akan cuba mendapatkan lebih banyak pistol renjatan elektrik 'taser gun' sebagai senjata alternatif terutama ketika menghadapi kejadian amuk atau rusuhan bersenjatakan seperti parang bagi mengelak pelaku daripada mengalami kecederaan atau mati akibat tembakan senjata api.
"Polis Melaka kini hanya mempunyai kurang daripada 10 taser gun yang tidak mencukupi untuk kegunaan anggota polis di tiga daerah di negeri ini," katanya. - Bernama
 

Tuesday, December 16, 2014

SEMAKAN KEMASUKAN KE SBP

Semakan Keputusan SBP 2015 Tingkatan 1 Online
Semakan keputusan kemasukan SBP 2015 Tingkatan 1 secara online. Semakan keputusan SBP 2015 Tingkatan 1 masih belum diumumkan lagi. Difahamkan yang keputusan dijangka diumumkan pada minggu ketiga bulan Disember 2014 iaitu selewat-lewatnya 27 hari daripada keputusan UPSR 2014 diumumkan.

Sebelum ini keputusan UPSR 2014 telah diumumkan pada 26 November 2014.

Saturday, December 13, 2014

Stadium Bukit Jalil venue final Piala AFF Suzuki

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan venue bagi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara pasukan Harimau Malaya dan Thailand pada 20 Disember ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan venue paling sesuai memandangkan perlawanan itu penting dan mampu menampung jumlah penonton yang besar.

"Kita menjangkakan semua tiket habis dijual nanti. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan venue terbaik kerana mampu menampung lebih ramai penonton iaitu seramai 90,000 penonton berbanding 70,000 penonton di Stadium Shah Alam," katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan padang di stadium itu bersama-sama Setiausaha Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Datuk Azzuddin Ahmad.

Hamidin berkata, beliau dan Azzudin berpuas hati dengan keadaan rumput di padang stadium itu, yang dilihatnya lebih baik berbanding stadium di negara lain yang turut menjadi venue perlawanan Piala AFF Suzuki.

Sementara itu, Azzudin berkata beliau berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang disifatkannya sesuai untuk perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014.

"Walaupun ada beberapa kerja-kerja akhir, saya yakin dalam masa kurang seminggu, Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia menjadi gelanggang penentuan juara Piala AFF Suzuki 2014," kata Azzudin.

Bekas Setiausaha Agung FAM itu berkata, daripada pemerhatiannya, padang Stadium Nasional Bukit Jalil adalah 40 peratus lebih baik jika dibandingkan dengan gelanggang perlawanan sebelum ini termasuk My Dinh National Stadium di Hanoi, Vietnam yang menjadi venue perlawanan separuh akhir kedua antara pasukan Harimau Malaya dan Vietnam Khamis lepas.

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata, beliau rasa gembira apabila akhirnya Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue utama Piala AFF Suzuki 2014 setelah pihaknya bertungkus-lumus berusaha membaik pulih rumput sejak sebulan lepas.

"Kedua-dua pihak FAM dan AFF memberi lampu hijau bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil memenuhi piawaian dan semua dapat melihat sendiri bahawa keadaan rumput bertambah baik daripada sebelum ini," katanya.

Sebelum  ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin mengarahkan Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih rumput susulan kerosakan yang berlaku selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 1 November lepas.

Kementerian mencuba dua jenis rumput iaitu 'Cow Grass' dan 'Bermuda Green Mountain' untuk padang stadium itu. – Bernama

Friday, December 13, 2013

Ketua Pengarah Pelajaran yng baharu

Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud yang bersara pada 6 Disember lalu.Dr Khair merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar).

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai pelantikan Dr Khair pada majlis makan malam sempena persaraan Abd Ghafar di sini, Isnin.Muhyiddin berkata sumbangan terbesar Abd Ghafar kepada kementerian tersebut ialah kerja kerasnya dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025).

"Kita bukan sahaja berjaya menepati sasaran dalam tempoh 100 hari pertama PPPM dilancarkan, malah kita telah maju ke hadapan dan melangkauinya."Semasa tempoh Abd Ghafar memegang jawatannya juga, program transformasi lain turut dimulakan seperti, inisiatif untuk anak Orang Asli dan pelajar desa serta program Sekolah Dalam Hospital, yang mana semuanya kini telah menunjukkan hasil yang baik."Abd Ghafar juga secara sukarela mahu menjadi penasihat kepada Guru 1Malaysia dan saya segera menerima tawarannya kerana guru muda bakal memperoleh faedah dengan bimbingan daripada beliau," katanya ketika berucap pada majlis makan malam tersebut.Muhyiddin berkata pihak kementerian telah mencadangkan nama Abd Ghafar sebagai ahli lembaga pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Sumber : http://mstar.com.my

Tuesday, December 3, 2013

Banjir di Pahang makin buruk, lebih 5,000 dipindah

OLEH:Tarikh: December 3, 2013KUANTAN - Banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah, hari ini. 

 Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah terlibat ialah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran.   "Di Rompin seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

 Katanya, di Pekan sebanyak enam kampung terlibat dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.   Di Kuantan seramai 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.

Di Maran, 633 mangsa banjir dari sembilan buah kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.   Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas. 

 Menurut jurucakap itu, Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik setinggi satu meter. - Bernama

Sumber:sinar harian

Monday, October 14, 2013

The Herald dilarang guna kalimah Allah - Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald.

Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dalam mahkamah yang penuh sesak pagi ini. Dua lagi hakim ialah Datuk Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan pihak Roman Katolik adalah dibatalkan.


Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata mahkamah mendapati penggunaan perkataan Allah bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Beliau berkata, dengan itu mahkamah mendapati tiada alasan mengapa gereja Katolik berkeras untuk menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya.

Katanya, penggunaan kalimah itu, jika dibenarkan akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat.

Pada 16 Februari, 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.
Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Diseember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sini undang-undang, tidak sah dan batal.

SUMBER : BERITA HARIAN
Foto

Wanita nyaris maut terkena tembakan

KOTA BHARU - Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian pukul 6.40 petang itu menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di bahagian hidung, muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat tembakan.

"Terdapat lima kesan tembakan ditemui pada kereta mangsa iaitu dua di cermin sebelah kanan pemandu, satu pada pintu dan dua di cermin hadapan sebelah pemandu.

"Tembakan itu bagaimanapun tidak tepat mengenai mangsa dan penembak kemudian melarikan diri ke arah Bachok dengan motosikal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mazlan berkata ketika kejadian, wanita yang berasal dari Kampung Karang Banggu, Kota Bharu itu sedang memandu kereta seorang diri dari arah Bachok menghala ke Kubang Kerian sebelum berhenti di lampu isyarat itu.

Beliau berkata kereta jenis Proton Persona itu dihampiri empat individu yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada pembonceng motosikal itu melepaskan lima das tembakan.

"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya stabil.

"Mangsa memberitahu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan kemungkinan dalam kes ini suspek tersalah sasaran," katanya. - Bernama

SUMBER ; SINAR HARIAN


Wanita nyaris maut terkena tembakan

Sunday, November 18, 2012

Israel serang Gaza buat hari kelima, 47 maut

18 November 2012
Israel serang Gaza buat hari kelima, 47 maut

Askar Israel melancarkan Iron Dome dari bandar Beersheba semalam. - Foto ihsan Reuters
 
 
BAITULMUQADDIS - Pesawat-pesawat Israel melancarkan serangan ke atas Gaza buat hari kelima pagi ini sementara angka kematian di pihak Palestia mencecah 47 orang setakat ini.
Separuh daripada angka kematian itu membabitkan orang awam termasuk 12 kanak-kanak, kata laporan Reuters memetik pegawai-pegawai Palestin.
Laporan itu juga menyebut bahawa tentera Israel sedang membuat persiapan untuk melancarkan serangan dari darat.
Bagaimanapun negara jiran Mesir pula berkata sudah ada tanda-tanda kemungkinan kedua-dua pihak akan memeterai gencatan senjata.
Israel melancarkan kempen serangan udara ke atas Palestin pada Rabu lalu, membawa kepada kematian pemimpin utama Hamas yang menyelia wilayah gaza dan menentang kewujudan rejim Yahudi.

sumber: sinar harian

Friday, November 16, 2012

Kemalangan: Dua sahabat disemadi dalam satu liang lahad



Kemalangan: Dua sahabat disemadi dalam satu liang lahad

Lokasi dipercayai tempat berlaku kemalangan yang meragut nyawa dua sahabat baik itu.
JENGKA - Dua sahabat yang maut dalam kemalangan di Kilometer 39.9 Jalan Bandar Jengka menuju ke Temerloh, tengah malam kelmarin, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad, semalam.
Mangsa, Mohammad Aizat Mohammed, 17, dan Khairul Izham Khalid, 17, adalah pelajar Sekolah Menengah Felda Jengka 18 dan sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Difahamkan, kedua-dua pelajar itu bersahabat baik dan sering mengulang kaji pelajaran bersama menyebabkan kedua ibu bapa mereka mengambil keputusan mengebumikan jenazah mereka dalam satu liang lahad, di sini.
Ibu kepada Mohammad Aizat atau lebih mesra disapa Alang, Sumiah Muntalib, 51, berkata, biarpun dia dan suami, Mohamed Abdul Rahman, 56, reda dengan pemergian anaknya itu, namun jauh di sudut hati terasa kehilangan.
“Arwah seorang yang sangat ceria dan ramah dalam keluarga kami. Kami sedih kerana pemergiannya membuatkan hidup kami sedikit sunyi tanpa keletahnya.

“Lebih menyedihkan di saat akhir sebelum dia meninggal, arwah sempat menyikat rambut saya dan memeluk erat ayahnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Sumiah berkata, sebelum arwah keluar tengah hari kelmarin, anaknya itu menariknya masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu serta tidak membenarkan adik-beradik lain masuk.
“Di dalam bilik itu, dia menyikat rambut saya. Tidak lama kemudian, dia keluar dari bilik tersebut dan memeluk ayahnya yang tidur.
“Tidak lama kemudian datang seorang rakannya mengajaknya keluar. Dia memberitahu saya hendak mengulang kaji bersama rakan dan keluar minum. Itulah kali terakhir saya menemui arwah sebelum mendapat tahu dia meninggal akibat kemalangan jalan raya,” katanya.

Tiada tanda pelik

Ibu kepada Khairul Izham, Zainab Abu berkata, anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum kejadian.
“Saya tidak tahu ke mana dia pergi pada hari itu kerana dia tidak memberitahu kami apa-apa. Saya cuma sedar kawannya datang menjemputnya keluar.

“Sekitar jam 11 malam, saya mula risau kerana dia masih tidak pulang, malah SMS (khidmat pesanan ringkas) kakaknya juga tidak berjawab,” katanya.

Menurutnya, tidak lama kemudian, datang seorang rakan anaknya yang bertanyakan tentang arwah.

“Rakannya datang bertanya sama ada arwah ada di rumah atau tidak. Apabila saya menjawab tiada, barulah dia memberitahu arwah terlibat dengan kemalangan, namun tidak pasti benar atau tidak.

“Sedang saya berborak dengan rakan arwah, saya menerima panggilan telefon memaklumkan perkara sama. Saya dan suami bergegas ke tempat kejadian dan mendapati arwah sudah tiada,” katanya.
Zainab dalam pada itu meminta kepada rakan-rakan arwah sekiranya anaknya itu ada berhutang, supaya tampil menuntutnya di rumah mereka, di sini.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 12.15 pagi kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian, motosikal yang ditunggang Mohammad Aizat dan dibonceng Khairul Izham dipercayai dalam perjalanan dari bandar Jengka menuju rumah mereka di Felda Jengka 18.

“Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa terbabas ke kiri jalan. Motosikal yang dipandu masuk ke dalam longkang dan melanggar tebing batu. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Thursday, November 15, 2012

Kerja mendalam sungai giat dijalankan atasi masalah banjir di Melaka

13 November 2012
Mohd Ali: Ambil tindakan berani dah tegas terhadap Paderi Gay
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam 
 
JASIN - Kerja-kerja mendalam dan melebarkan beberapa sungai di Melaka kini sedang giat dilakukan bagi mengatasi masalah banjir dan air bertakung khususnya di Kampung Tehel di sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya telah menghantar lima buah jengkaut sejak Sabtu lepas bagi menjalankan kerja-kerja tersebut di Sungai Tehel, Gapam, Air Panas dan Duyong.
"Selain itu, kita juga membuat saliran di kawasan-kawasan yang menahan air dan kita harap kawasan yang tenggelam ini akan kering dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Melaka Datuk R. Perumal di Kampung Baru Selandar di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.
Dalam pada itu, menurut Bilik Gerakan Bencana Negeri, sehingga 2.30 petang tadi, seramai 84 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tehel di sini, satu-satunya pusat pemindahan yang masih dibuka sejak negeri itu dilanda banjir awal bulan ini.

Sementara itu, Mohd Ali berkata sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri Melaka bercadang membina dua kolam takungan iaitu di Sungai Bemban dan Air Panas bagi mengatasi bencana banjir.
Katanya pihaknya telah memohon peruntukan RM70 juta daripada kerajaan pusat bagi membina kolam takungan berkenaan.- Bernama

Abang YB Jempol maut nahas

Jempol: Abang dan kakak ipar Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yasin, maut apabila kereta mereka merempuh lori simen yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 2, Jalan Bahau-Kemayan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Udin, 74, mati di tempat kejadian, manakala isterinya, Sanah Ismail, 72, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Jempol, akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, berkata Proton Waja dipandu Udin tidak sempat berhenti di laluan menuruni bukit itu lalu merempuh belakang lori berkenaan.


Berikutan perlanggaran itu, bahagian depan Proton Waja terbabit remuk akibat terperosok di bawah lori mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit.

Kedua-dua mangsa dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba tidak lama kemudian dengan seorang daripada mereka meninggal dunia, manakala seorang lagi mati di Hospital Jempol, katanya, di sini, semalam.

Difahamkan, pasangan itu yang tinggal di Kampung Felcra, Ayer Hitam, Bahau, di sini, dalam perjalanan untuk membeli barang keperluan di Bahau.

Sementara itu, Lilah ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Jempol, berkata Udin yang juga anak kedua daripada 12 beradik itu, seorang yang disenangi ahli keluarga dan rapat dengan semua anak saudaranya.
Dia sering memberi nasihat supaya mereka menjadi orang berguna kepada agama, bangsa dan negara, katanya yang kali terakhir bertemu pasangan itu ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Monday, June 11, 2012

BAPA LEE CHONG WEI CUBA BUNUH DIRI

BUKIT MERTAJAM 10 Jun – Polis hari ini menggagalkan dua cubaan membunuh diri bapa kepada seorang ahli sukan negara termasuk di atas Jambatan Pulau Pinang.
Lelaki berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd. Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi ini.
“Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya.
“Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
“Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya,” katanya.
Azman berkata, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
“Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya,” katanya.
- BERNAMA

Sunday, June 10, 2012

kematian koperal Mustaghni- 5 polis ditahan untuk siasatan

Berlaku kejutan dalam siasatan membabitkan seorang anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang koma sejak awal pagi Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia semalam, apabila lima anggota polis ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam.


Lima anggota polis berusia 45 hingga 51 tahun itu ditahan selepas siasatan terkini mendapati kecederaan parah Koperal Mustaghni Tabri, 48, sehingga membawa kematiannya berpunca daripada lontaran objek seorang daripada anggota polis terbabit dan bukan akibat libasan topi keledar Mat Rempit, sebagaimana dinyatakan sebelum ini.
ahli keluarga menguruskan jenazah Allahyarham Mustaghni di rumah mayat HTAR, semalam

Mustaghni terbabit dalam kejadian itu ketika bertugas dalam operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi, Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia jam 11.45 pagi, semalam.

Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata punca sebenar kematian mangsa masih disiasat, namun kecederaan disahkan bukan kerana dipukul dengan topi keledar, tetapi akibat terkena lontaran objek keras.

Wednesday, April 25, 2012

Remaja perempuan dibunuh sebelum dibakar


Kejam. Itulah luahan marah berulang kali seorang ibu apabila mengetahui anak gadisnya yang hilang sejak 3 April lalu ditemui mati dengan rangka tulang bersepah dalam kawasan belukar berhampiran ladang sawit di tepi jalan ke Kampung Limau Kasturi, dekat sini, petang kelmarin.

Che Esah Yusoff, 60, tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, sebelum itu pengsan sebaik mengetahui mayat anaknya ditemui dan terpaksa dia dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan. Rangka tulang bersama tengkorak dipercayai Nor Ain Shafnie, 16, ditemui dalam kawasan belukar tersebut tidak jauh dari rumahnya itu oleh seorang pekerja kontrak mengangkut buah sawit kira-kira jam 6 petang.

Nor Ain dilaporkan keluar dari rumahnya di RKT Kesedar Jeram Tekoh itu jam 9 pagi sebelum didapati hilang kerana tidak pulang ke rumah bersama motosikal yang ditungganginya sehingga lewat malam pada hari sama. Akhbar pernah menyiarkan berita mengenai kehilangan Nor Ain itu pada 12 April lalu ia itu seminggu selepas dibuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang dan melancarkan gerakan mencarinya.

Turut menemui berhampiran rangka tulang itu sebuah motosikal yang dibakar, seutas jam tangan dan dompet berisi kad pengenalan mangsa bersama seluar jeans yang sudah ditanggalkan. Che Esah ketika ditemui sebaik pulang dari HGM berkata, dia amat terkejut dan kesal dengan kejadian yang amat memilukan itu serta mahu pihak berkuasa mengesan penjenayah terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Orang macam itu tak patut hidup lebih lama dan hukum dia sepadan dengan perbuatan yang dilakukan itu hingga saya kehilangan seorang anak gadis tersayang,” katanya yang juga ibu tunggal.

Beliau berkata, sejak hari kehilangan lagi dia merasa tidak sedap hati kerana kebiasaan anaknya pulang walaupun lewat malam hingga terpaksa mengerah penduduk dan anggota Rela melancarkan gerakan mencarinya. Katanya, sebagai seorang ibu tidak pernah berdiam diri untuk mengesan anak bongsu daripada 10 adik beradik itu dengan menemui beberapa bomoh sama ada bomoh tempatan atau luar daerah.

“Saya tidak pernah berputus asa untuk mencari anak saya itu dengan mengunjungi ke semua rumah rakan-rakan dia dan waris terdekat, namun gagal ditemui dan tidak sangka akhirnya menemui rangka tulang.

“Setahu saya dia tidak ada musuh hanya malas sekolah sahaja apabila mengambil keputusan untuk belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap hanya setakat tingkatan dua,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika mengesahkan penemuan rangka tulang seorang manusia itu berkata, rangka tulang itu dipercayai gadis yang dilaporkan hilang dari rumahnya di RKT Jeram Tekoh.

Beliau mengesyaki rangka tulang yang ditemui itu dipercayai mangsa bunuh dan ditinggal di dalam kawasan belukar tersebut bersama sebuah motosikal sebelum ditemui seorang lelaki pekerja ladang sawit berkenaan.
Katanya, serentak itu, pihaknya menahan lapan orang termasuk enam lelaki dan dua wanita untuk membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah. -sinar

Sunday, April 22, 2012

PELAJAR UPSI BUNUH DIRI ?

Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan



Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.
Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.
“Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.
“Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.
Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.
Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.
“Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan,” katanya.
Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.
Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa “seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 – 6.00 petang tadi.”
“Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan,” kata pengunjung itu.
Gambar: pilihan-anda.blogspot.com
Sinar

Tuesday, March 13, 2012

Hati-Hati Panggilan Palsu Pos Malaysia

Assalamualaikum semua, hati-hati yer...kita kongsi bersama...

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Bhd. (Pos Malaysia) meminta orang ramai supaya berhati-hati terhadap satu aktiviti penipuan dengan menggunakan nama organisasi tersebut.

Pos Malaysia melalui satu kenyataan media memberitahu, pihaknya menerima beberapa aduan pelanggan mendakwa dihubungi pihak tertentu yang menyamar sebagai kakitangan Pos Malaysia.

“Individu tidak bertanggungjawab ini meminta pelanggan memberi maklumat peribadi mereka kononnya untuk menguruskan penghantaran dokumen penting termasuk dokumen yang dihantar oleh Mahkamah Tinggi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Pos Malaysia tidak pernah meminta maklumat seperti itu daripada pelanggan mereka untuk urusan surat daripada pihak mahkamah malah tidak pernah diberi kuasa untuk berbuat demikian.

Justeru, kata kenyataan itu, orang ramai yang menerima panggilan seperti itu diminta supaya berhati-hati dan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1-300-300-300 untuk membuat semakan jika perlu.

“Mereka yang telah menjadi mangsa kepada kegiatan ini diminta melaporkannya kepada pihak polis,” tambah kenyataan itu.

Sunday, February 12, 2012

Atlet memalukan negara guna bahan terlarang

IMEJ sukan negara ‘tercalar’ selepas dua atlet didapati positif menggunakan bahan terlarang pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia tahun lalu.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheekantaraindividu yang berasakecewadengan tindakan atlet yang disahkan positif ujian doping itu.
Ahmad Shabery berkata, perbuatan mengambil bahan larangan itu telah memberikan kesan buruk kepada imej sukan negara.
“Saya amat dukacita terutamanya setelah memberi penghargaan pada majlis SkimHadiah KemenanganSukan (Shakam) lalu.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiriyang mengalungkan pingatkepadamerekatetapiperbuatan ini nyata memalukan negara.
Dua atlet negara yang meraih pingat pada temasyaSukan SEA 2011 menerusi acara 4x400m dan angkat berat didapati positif ujian doping. (Kosmo)
sumber: www.gnesop.com

Sunday, October 23, 2011

Terkini - Pelumba Honda Mati di Litar Sepang.

23 Oct 2011 6:34PM

SEPANG 24 Okt. - Penunggang Honda, Marco Simoncelli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.
 
Akibat daripada insiden tersebut, Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan, demikian diputuskan oleh penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports.
 

Friday, October 7, 2011

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum semua,sebelum maghrib ni mama cuma nak kongsikan rasa syukur dan gembira krna murid2 yg mama latih untuk kuiz pengetahuan tlh menjadi johan kawasan Jasin. Mereka akan terus ke peringkat separuh akhir pada 16 Okt depan. Semoga kejayaan ke final dan menjadi top 3 peringkat negeri Melaka.
Tahniah kpd 4 org peserta kuiz iaitu adik Afiqah Syazwani bt Abdullah Suhaimi, Nurul Aqila Najwa bt. Amirrudin, Nurul Hanis bt. Mohd Sabari & Rohana Azhar.
Terima kasih juga kpd ckgu2 yg turut serta membantu...
peserta kuiz sebelum masuk dewan

Guru Besar SK Masjid Baru membuka soalan kuiz
AJK  memasukkan markah...kami 161 naib johan 141...

Sunday, October 2, 2011

GEMPAR!!!

Assalamualaikum semua, malam ni ngah asyik BW mama masuk blog ni n terkejut..mari kita kongsi sama apa berita yg amat mengejutkan ini. 

Mama copy ayat dia (blog harazdani) terus:(hiba dan sayu hati ni disaat membaca entri ni)
 Dipetik dari facebook..DR Zainur Rashid Zainuddin, yang aku peliknya tiada plak heboh dalam media tentang pembinaan gereja ni,  biasanya di Malaysia kalau tertinggi, terbesar, terkecil, termiskin, ter dan ter ter lagi..memang cepat berita ini tersebar...buat apa nak sorok-sorok...1Malaysiaaa...maaaa..

Bagi aku  orang islam sibuk sangat berpolitik....dedah sana sini tentang aib orang itu dan ini...yang lain pulak sibuk pasal khawin 12 juta laa, hantu toyol laaaa...gosip sana-sini...tapi agama macam mana pulak weii.... Kepada semua khususnya mereka yang berstatus ulama, mufti dan mereka yang dibayar gaji...ambil bantal tidurrr semua lagi bagusslaaaa...

Apabila umat, ulama' dan umara' sepakat untuk tidur....

Calvary Church 6 tingkat ini bakal menjadi kompleks gereja yang terbesar di Asia dan kini di dalam proses pembinaannya di Bukit Jalil. Pada tahun 1972 dulunya, Keahliannya CC hanyalah seramai 120 orang tetapi kini telah menjangkau 7000+ di atas usaha gigih mereka.

Dengan motto 'PREACH' yang diimani dan dilaksanakan, maka hasilnya semakin terserlah ke hari ini.

P-Preach the Gospel to ALL nations
R-Research and publish materials on church leadership and missiology
E-Encourage and train pastors, leaders and missionaries
A-Assist churches in developing their missions program
C-Conduct evangelistic rallies, missions and church growth conferences
H-Help coordinate relief projects for humanitarian needs globally

Sudah menjadi sunnah alam bahawa hasil dan kejayaan hanya akan datang dengan usaha dan pengorbanan. Maka perkembangan ini tidaklah begitu mengejutkan sangat. Jangan tuding jari kepada mereka yang lain dengan berlakunya banyak kebocoran, keciciran dan kemurtadan di kalangan umat Islam tetapi tanyakanlah kepada diri kita sendiri tentang sumbangan kita kepada Islam yang diimani ini.

Toleransi agama bukan bererti bahawa semua agama itu sama tarafnya (pluraisme agama) dan ancaman agenda kristianisasi global harus ditangani secara teliti bersama-sama. Mengkritik dan menyalak kepada orang luar tidak lain dan tidak bukan, hanyalah semakin melondehkan kelemahan diri umat Islam sendiri.

Para pemimpin samada dari BN & PR, para alim-ulama, pemimpin NGO dan umat Islam yang prihatin dengan harga aqidah umatnya mesti terus bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan agenda Islam terus diperjuangkan.


p/s: orang islam di Malaysia terlalu sibuk berpolitik....kita macam mana..kalau tanya aku/..apa sumbangan aku yer...hmmm atleast aku dah lama tak ke KFC dan Mc'D ..kira sumbangan kecil aku laaa tu...kalau aku ada kuasa lain plak sumbangannya...sebagai umat islam hentikanlah debat sana sini...yang akhirnya membawa perpecahan...yang rugi umat islam juga...kalau si A betul ikut laaa..kalau si B betul ikut jer laaa....jangan taksub..sokong ikut tajuk laaa brother, bukan ikut hawa nafsu....

Semoga sebagai Islam kita mampu memainkan peranan masing-masing..Allahu akbar!!