HALAMAN

Showing posts with label MESYUARAT. Show all posts
Showing posts with label MESYUARAT. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Persidangan & MAT di Ipoh, Perak

Assalamualaikum, mama telah menghadiri mesyuarat dan persidangan ini di Kinta Riverside Ipoh. Tema persidangan ialah "Leadership, Motivation and Energising Girl Guides" .

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah bengkel dan perbincangan bersama ahli-ahli panel dari UKM seperti  Dr Fatmawati Halim, Dato' Dr Saran Kaur Gill,  Yg Bhg Prof Datuk Shaharuddin ismail, Yg Bhg Prof Datuk Hazita Azman, Ms Maye Yap dan Dr Wan Juliana. Antara tajuk ialah " Self Awareness Factors that Impact on Motivation of Voluntary Work","Organisational Systems and  Structures to Support and Motivate Voluntary Work-UKM's Case", "Rainforest Discovery Journey Programme Nurturing Eco-Volunteerism", "UKM-MNS Inaugural Environment Awareness programme".

Kami juga telah dibawa ke Hutan Paya Larut Matang Kuala Sepetang dan dapat menanam poko kayu bakau di sana. Pada sebelah malamnya kami telah menerima undangan makan malam. Pada malam pertama kami menjamu selera di kediaman Menteri Besar Perak , pada malam kedua dinner di ballroom hotel dan malam ke3 kami bersama DYMM Raja Permaisuri Agung di dewan bakuet Bangunan SUK Perak

Majlis Pelancaran wang Syiling Kenangan 100 tahun WAGGGS juga diadakan pada persidangan kali ini yang telah disempurnakan oleh DYMM Raja Permaisuri Agung. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Datin Paduka Seri Diraja Rosma Mansur selaku penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

menanam pokok bakau di hutan paya larut matang, kuala sepetang
DYMM Permaisuri Agung melepaskan anak ikan di sungai Kinta

pelancaran syiling 100 tahun pandu puteri
majlis perasmian diiringi muzik TLDM
bersama AJK daerah dan Pandu Puteri Raja Melaka
bersama Datin Paduka Seri Rosma Mansur
bersama YAM Raja Mahani , Raja Puan Muda Perak
dinner bersama MB Perak
dinner bersama DYMM Permaisuri Agung dan Tuanku Bainun
sebelum bermesyuarat
bersama emcee malam GG Supernova..Datuk AC Mizal

Friday, February 3, 2012

MESYUARAT PANDU PUTERI DAERAH JASIN

TARIKH : 2 FEB. 2012
MASA    : 2.30- 5.30 PTG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PPD JASIN

Assalamualaikum semua, petang ni sbg setiausaha mama wajib menghadirkan diri ke mesyuarat buat kali pertama bagi 2012. Turut sama hadir ialah Ketua Pesuruhjaya Cawangan Negeri Melaka, Timbalan PPD Jasin, penyelaras KoKu PPD Jasin,dan semua guru pemimpin daerah Jasin & Merlimau. Perbincangan ialah tentang aktiviti pada tahun ini. Majlis turun padang 'MUD BALL' akan dijalankan pada 29 Feb.di medan ikan bakar di umbai akan dirasmikan oleh Datin Seri Rosma Mansor.

Tuesday, November 8, 2011

MEETING OR MEE EATING????

Assalamualaikum semua,selamat pagi kpd yg masih lagi bercuti...pagi ni mama dah kena g sekolah sbb ada meeting kurikulum,hem, n ko ku...apa nak wat dah semua setuju sbb x nak dtg petang 3 hari...pas meeting we all ada rewang....tau tak rewang tu apa..ala..kalau nk kenduri kendara tu..ada gotong royong kupas bawang etc...sbb esok ada majlis korban 2 ekor lembu d sekolah....klah nanti mama upload gambar2 sesi meeting yg x seberapa sgt ni kan...c u all nanti...