HALAMAN

Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

KEPAK AYAM PANGGANG BERMADU


 bahan2

4 keping kepak ayam
2 sudu besar kicap manis
... 1 sudu besar kicap masin
1 sudu teh kicap pekat
3 sudu besar madu
2 ulas bawang putih-di sagat
sedikit halia-di sagat


cara

gaul semua bahan bersama dan di perap semalaman atau sekurang2nya 2 jam
dah siap, panggang atas bara atau boleh jugak di panggang dalam oven dgn kepanasan 180,bergantung pd oven masing2.



bahan2 sambal kicap
10 ulas cili padi-akak guna lebih sbb suka pedas
1 1/2 sudu besar gula
5 sudu besar kicap manis
perahan air limau nipis

 


semua bahan dikisar bersama.jgn masukan air ya.cukup cecair yang ada pd kicap dan perahan air limau nipis..
 
 

Friday, July 12, 2013

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU


 Bahan2:
utk Inti:
300gm daging cincang @ 4 kpg dading burger (dihancurkan) kalau nak daging lebih blh tmbh lg..
2 ulas bwg putih
... 1 biji bwg besar
1/2 paket perencah daging black paper maggi
sedikit air
garam n gula
minyak

12kpg roti
3biji telur
200ml susu fresh
8kpg slice cheese
cheddar diparut
* sayur2 ikut suka

Cara2:
utk inti
Pnskan minyak, tumis bwg putih mskkan bwg besar n daging... grg hingga daging empuk.
kemudian masukkan perencah black paper dgn sedikit air... masak sehingga daging msk n kering.
ketepikan n biar sejuk.

Untuk Roti lapis
Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega
bancuhkan telur dgn susu sehingga sebati
celup roti kedalam bancuhan susu td dan susun dlm bekas. buat sehingga penuh bekas utk tingkat yg pertama.
tuang kan separuh dr inti tadi keatas roti n ratakan. kemudian susun slice cheese keatas daging.
tutup dgn lapisan roti yg dicelup seperti lgkh pertama td...
Ulang proses yg sm... Lastly tabur chesdar parut kat lapisan atas sekali..
jika ada lebihan telur just siram diatas roti supaya x membazir...
bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada sushu 180c lebih kurang 35-40 mnt( sehingga masak)
kuarkan dari oven sedia utk dihidang..

Selamat Mencuba..
 

Sunday, August 5, 2012

Daging Bakar Asam Kerisik

Bahan Daging Bakar:
350gm daging batang pinang
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Bahan Air Asam Kerisik:
2cm belacan bakar
1 labu bawang besar - dihiris 2 biji tomato dibelah dua dan dipotong panjang
5 tangkai campuran cili padi merah dan hijau - dipotong
1 cawan perahan air asam jawa
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar kerisik

Cara:
Untuk Daging Bakar

Gaul daging dengan garam dan kunyit...perap 30min.
Bakar dalam ketuhar hingga masak.

Untuk Air Asam Kerisik
Hancurkan belacan bakar, satukan bersama cili padi, bawang besar dan tomato.
Tuangkan air asam jawa dan perahkan limau nipis.
Perisakan dengan garam dan gula (sekadar pelengkap rasa...jgn sampai manis).
Hidangkan bersama hirisan daging bakar.


sumber fb : resepi Bonda

Thursday, August 2, 2012

Bihun Singapore

 Bahan-bahannya:
400 gm bihun (rendamkan lembut dan toskan)
...
100 gm udang segar/ atau apa sahaja daging yang anda suka (saya gunakan sosej yang dipotong kecil)
1 biji telur
250 gm taugeh
1 batang lobak merah - diparut
1 sudu teh lada hitam*
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar minyak
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit sos ikan
Limau nipis, bawang goreng,daun sup dan daun bawang (dipotong kecil untuk hiasan)

Cara-caranya: ;
Kisar bahan bertanda *.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Masukan daging,telur dan kacau rata.
Memudian masukkan lobak merah dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
Perasakan garam,serbuk lada putih,sos ikan dan minyak bijan. Taburkan hirisan daun bawang,daun sup,bawang goreng dan limau nipis.
 
 

Kek Batik Jawa

  Bahan-bahan

 1 buku mentega
1 tin susu pekat
1 cawan milo
...

Cornflakes Chocolate

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 cup )
1 kotak besar cornflakes(325gm)
1 sudu besar madu
...
5 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu besar gula
6 bar cooking chocolate/450gm
3 sudu besar peanut butter *optional
50gm cocoa butter
papercup secukupnya

Cara-cara
Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair

Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yang telah dipotong kecil2 supaya senang cair.

Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.

Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan. *Cookies ni tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan chocolate yang membaluti cornflakes tu akan cair dan mendap ke bawah papercup. Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain.

Cubalah.. insyaALLAH sedap..
 
 

Sunday, June 10, 2012

Ayam Panggang Lemak Temasek


Ayam Panggang Lemak Temasek, bersama sambal belacan tomato dan taugeh urap. Resepi Baru

SUMBER : FB Joha Hassan

Bahan2nya
1 ekor ayam segar di belah dua, atau ikut citarasa.
1.5 inch halia
1.5 inch lengkuas
1.5 inch kunyit sagar
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 helai daun limau perut
1/2 sudu teh serbuk buah pala(nutmeg)
4 biji buah keras
Bahan2 di atas di tumbuk atau dikisar halus
2 batang serai di titik saja
400ml santan cair
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, masukan 2 batang serai, gorengkan sebentar, kemudian letak rempah yang di kisar halus. Letakan serbuk buah pala, garam & gula. Goreng hingga aroma nya bangkit, rasa kuah nya. Masukan ayam yang di belah dua, dan tutupkan tudung periok nya biarkan ayam nya masak seketika diapi kecil.

Keluarkan ayam, letakan di atas dulang pembakar dan panggang ayam nya selama 15mins di suhu 160C, grill setting. Bila di sajikan letak kuah lemak di atas ayam nya.
Sajikan dengan sambal belacan, dan urap taugeh.

(Urap Ringkas) lebihan rempah ayam temasek di gaulkan bersama kelapa goreng dan daun limau perut, garam dan gula.

Friday, September 3, 2010

MUFIN CHOC

Bahan-bahan:
(biasanya saya hanya buat separuh daripada sukatan di bawah ni)

4 biji telur (A)
3 cawan gula pasir
3 cawan tepung serbaguna Bluekey
2 cawan koko
1 tin susu cair
2 cawan minyak masak
1 penutup esen vanilla
Secubit garam

Cara-cara:

1. Telur dan gula dipukul hingga kembang.
2. Gaulkan rata tepung serbaguna dan koko.
3. Masukkan secara selang-seli tepung + koko dan susu cair ke dalam campuran telur dan gula tadi.
4. Masukkan pula secawan demi secawan minyak jagung ke dalam adunan tadi bersama esen vanilla dan garam.
5. Pastikan anda panaskan oven atau pengukus dahulu selama 20 minit...jika tidak kek anda akan bantat.
6. Oven - 160 darjah celcius (berbeza mengikut oven)
7. Bakar selama 10 minit (tray muffin) atau 40-45 minit (loyang 10')
8. Jika guna pengukus - 15 minit (paper muffin) atau 40 minit (loyang 10')
**Selamat Mencuba**

Monday, August 16, 2010

BISKUT CROQUANT


Bahan-bahan:

110g mentega
25g gula kastor
20g tepung jagung
1 biji telur kuning
160g tepung gandum

bahan hiasan-
kuning telur
croquant (campuran gula, kacang hazel cincang dan badam cincang)


Cara Penyediaan:

Masukkan mentega bersama gula kastor ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang.

Setelah kembang, masukkan tepung jagung dan kuning telur. Kacau hingga sebati.

Masukkan tepung gandum dan uli hingga membentuk doh.

Canai adunan msetebal 1cm. Cetak mengikut bentuk yang disukai. Susun atas dulang pembakar yang telah digris dengan mentega atau minyak masak.

Sapukan kuning telur pada permukaan biskut dan taburi croquant.

Bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.

Setelah masak, boleh dihidangkan panas-panas atau biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mncuba.