Doakan ibu saya selamat - Erni
KUALA LUMPUR 6 Sept. - "Tolong doakan emak saya, tolonglah. Tolong doakan biar emak balik dengan selamat," sambil menyeka air mata yang berlinangan di pipinya, Erni Erinawati Sofea Bukhari membuat rayuan itu kepada setiap tetamu yang bertandang ke rumahnya.Erni Erinawati Sofea, 21, ialah salah seorang anak perempuan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, jutawan kosmetik yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu.
Rayuan dalam tangisan itu dibuat kepada hampir setiap teman baik Sosilawati yang datang menziarahi mereka di Taman Harmonis, Gombak dekat sini sebaik sahaja mengetahui berita mengenai kehilangan jutawan yang mempunyai enam orang anak itu.
Selain Erni, adik-beradiknya yang lain juga dilihat berada dalam keadaan bersedih atas kehilangan ibu mereka apatah lagi mengenangkan 1 Syawal yang akan menjelang hanya beberapa hari lagi.
Bagaimanapun, keluarga Sosilawati yang lain kelihatan tidak berputus asa mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan terkini penyiasatan pihak berkuasa terhadap kehilangannya.
Pengasas Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) itu dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu bersama pemandu, peguam dan pegawai sebuah bank.
Mereka dikatakan tidak pulang ke rumah setelah bersama-sama menuju ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.
Sementara itu, peguam peribadi Sosilawati, Datuk Zaidi Zain berharap pihak media tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu emosi keluarga mangsa dalam keadaan getir ini.
"Kehilangan beliau memberi kesan yang cukup besar kepada urusan harian keluarga dan perniagaan syarikat.
"Sebarang spekulasi akan membuatkan anak- anak beliau berada dalam keadaan lebih tertekan. Saya berharap agar semua pihak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes ini," katanya.
Zaidi juga berharap agar keluarga Sosilawati tidak mendapatkan pandangan daripada pihak yang tidak mempunyai autoriti sebaliknya terus berhubung dengan pihak polis untuk mengetahui perkembangan terkini siasatan.
Sementara itu Utusan Malaysia difahamkan, sehari sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati dan keluarga menjalani sesi fotografi khas hari raya bersama dengan beberapa pihak media.
Sesi fotografi berkenaan diadakan bagi merakamkan gambar kenang- kenangan bersama enam anaknya selain beliau turut membuat ucapan khas hari raya menerusi Bernama TV.
Menurut wartawan majalah Wanita, Nafsiah Jani, dalam perbualan terakhirnya sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati sempat berkongsi hasratnya untuk mewariskan perniagaan kepada tiga anak perempuannya yang dihantar melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
"Dia ada bagi tahu bahawa sekarang perjalanan bisnes semakin mudah sejak tiga anaknya tamat belajar dan bersama-sama membantu menguruskan syarikat," beritahu Nafsiah.
Sosilawati adalah antara perintis industri kosmetik tempatan bermula pada awal 1990-
1 comment:
banting tempat kelahiran zek. agak luas juga banting. hope jangan nyuruk kat rumah zek. dan di doakan semoga mereka selamat. amin
Post a Comment