Bahan-bahan:
(biasanya saya hanya buat separuh daripada sukatan di bawah ni)
4 biji telur (A)
3 cawan gula pasir
3 cawan tepung serbaguna Bluekey
2 cawan koko
1 tin susu cair
2 cawan minyak masak
1 penutup esen vanilla
Secubit garam
Cara-cara:
1. Telur dan gula dipukul hingga kembang.
2. Gaulkan rata tepung serbaguna dan koko.
3. Masukkan secara selang-seli tepung + koko dan susu cair ke dalam campuran telur dan gula tadi.
4. Masukkan pula secawan demi secawan minyak jagung ke dalam adunan tadi bersama esen vanilla dan garam.
5. Pastikan anda panaskan oven atau pengukus dahulu selama 20 minit...jika tidak kek anda akan bantat.
6. Oven - 160 darjah celcius (berbeza mengikut oven)
7. Bakar selama 10 minit (tray muffin) atau 40-45 minit (loyang 10')
8. Jika guna pengukus - 15 minit (paper muffin) atau 40 minit (loyang 10')
**Selamat Mencuba**
No comments:
Post a Comment