HALAMAN

Wednesday, July 6, 2011

Malaysia cipta hatrik juarai Pertandingan Matematik Sedunia



MUHYIDDIN Yassin memegang piala bersama Freida Mohd. Pilus dan pelajar Sekolah Cempaka bersama piala juara Pertandingan Matematik Sedunia ketika meraikan kejayaan mereka di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 5 Julai - Seramai 20 pelajar Sekolah Cempaka di ibu negara mencatat sejarah dalam bidang matematik apabila berjaya mencipta hatrik menjuarai Pertandingan Matematik Sedunia yang berlangsung secara online dari 3 hingga 5 Mac lalu.

Pasukan itu yang diwakili sepenuhnya pelajar tempatan berjaya membuktikan kejaguhan bersaing di pentas antarabangsa apabila menewaskan lebih 1.2 juta pelajar yang mewakili 22,785 sekolah dari 212 negara.
Sekolah Cempaka sebelum ini menjuarai pertandingan itu pada 2009 dan 2010.

Kejayaan itu membolehkan pasukan tersebut menerima trofi pertandingan yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis khas meraikan kejayaan para pelajar itu di pejabatnya di sini hari ini.

No comments: