HALAMAN

Thursday, August 25, 2011

Kiub ais punca keracunan pelajar maut selepas nikmati juadah buka puasa

ais
PUTRAJAYA - Laporan awal mendapati kiub ais merupakan punca keracunan makanan yang menyebabkan seorang pelajar berusia 11 tahun meninggal dunia selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Klang awal bulan ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ujian dilakukan ke atas sampel sisa muntah dan najis untuk mengenal pasti punca keracunan makanan yang menyebabkan pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai di Klang meninggal dunia dan lapan ahli keluarganya yang lain mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.

"Berdasarkan laporan awal, kiub ais merupakan punca keracunan makanan. Kita masih menjalani siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca dan sumber sebenar yang menyebabkan mangsa dan ahli keluarga lain mengalami keracunan makanan," katanya kepada pemberita di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Pada 9 Ogos, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati juadah berbuka puasa manakala ahli keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.
BACA LAGI

3 comments:

Abg Ijal said...

Satu lagi kes menyayat hati di bulan puasa yang menimpa saudara kita yg niatnya sekadar utk menikmati juadah utk berbuka puasa! Apalah salah dan dosa?

Apa punca dan di mana silapnya?
Kadang2 abg ijal naik ngeri nk beli juadah dr bazar ramadhan dlm bulan puasa ni. Bukan apa, bila dh byk kali berlaku isu mcm ni, terfikir pulak kenapa tak ada pemantauan drpd pihak2 yg berwajib. Apa jaminan makanan & minuman yg dijual semua tu BERSIH & HALAL? Bukan nk menyekat rezeki peniaga, sekadar memastikan pembeli tak teraniaya, tu je!

tunz said...

mama pun setuju dgn Abg Ijal la...kat Jasin pun mama dh x brpa nak berani mmbeli juadah d bazar Ramadhan..peristiwa ribut pd 3 ramadhan thn lepas masih terngiang2 ...mama ke sana lewat seminit shj...jika mama awal,ntah apa lah ygberlaku pd mama n angah....
p/s mesti wf Abg Ijal ni rajin di dapur kan....huhuhu

yanmaneee said...

irving shoes
jordan retro
yeezy
yeezy boost 350 v2
supreme clothing
supreme sweatshirt
jordan 12
kobe 11
nike air max 270
converse outlet