HALAMAN

Wednesday, August 17, 2011

Lima nyaris maut ambulans terbalik



AYER KEROH - Lima orang termasuk seorang pesakit kritikal pendarahan di kepala, nyaris maut apabila ambulans mereka naiki terbalik selepas dirempuh sebuah teksi dalam kemalangan di persimpangan Seri Negeri dan MITC di sini, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang, ambulans dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur turut dinaiki seorang doktor dan jururawat itu dilanggar pada tepi bahagian belakang sebelum hilang kawalan lalu terbalik.

Seorang saksi, Tan Bun Han, 40, berkata, ketika kejadian dia berada di belakang ambulans dan terpaksa berhenti di simpang apabila lampu isyarat bertukar merah.

“Kemudian datang sebuah teksi dari arah MITC melanggar belakang ambulans menyebabkan kenderaan itu terbalik. Saya kemudian terus memandu ke arah kemalangan untuk bantu menyelamatkan mangsa dan saya lihat seorang jururawat terkeluar separuh badan melalui tingkap sebelum ambulans terbalik,” katanya.

No comments: