HALAMAN

Sunday, August 21, 2011

NOVELIS HJ AZIZI HJ ABDULLAH MENINGGAL DUNIA


Novelis, Haji Azizi Haji Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi akibat sakit jantung.Jenazah Allahyarham Haji Azizi akan dibawa pula ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini.Terkejut dan termenung seketika apabila menerima makluman daripada adik. Al fatihah!Cikgu Azizi b. Hj Abdullah seorang penulis yang amat saya kagumi. Saya masih teringat-ingat kisah Tok Ya dalam novel Seorang Tua di Kaki Gunung, yang menjadi teks Kesusasteraan ketika saya mengambil peperiksaan SPM dahulu.Beberapa cerpen yang masih segar dalam ingatan saya, antaranya Beruk dan Paku Payung Limau Manderin cukup memberi kesan kepada pembaca. Selain itu saya amat mengagumi Cikgu Azizi sebagai salah seorang pemikir politik yang kadang kala tidak begitu disenangi oleh rakan-rakan seperjuangan, namun beliau tetap gigih melaksanakan amanah demi agama dan negara. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah Allahyarham....Al Fatihah.

2 comments:

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie said...

Al-fatihah..

tunz said...

semoga beliau bersama org2 bertaqwa