HALAMAN

Tuesday, August 23, 2011

WUJUD KE SURAU AL MUSYRIKIN??



BULETIN UTAMA 22 OGOS 2011

Sekumpulan ahli kariah surau sekitar Jalan Klang Lama, siang tadi berhimpun di depan kelas tuisyen yang didakwa menyebarkan agama kristian kepada pelajarnya.

Ia diketuai Pengerusi Kariah Surau Al-Musyrikin, Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof beserta kira-kira 50 ahli kariah surau.

Mereka berarak membawa poster, antaranya meminta kelas tuisyen ini memahami perlembagaan negara selain memberi amaran, segala tindakan kelas tuisyen itu akan diperhatikan.

Rabu lalu, kelas tuisyen ini yang disewa di kawasan perumahan, di Taman Hock Ann didakwa menyebar ajaran kristian kepada pelajarnya yang beragama Islam.

Kelas tuisyen terbabit dipercayai dibuka oleh mubaligh kristian sejak enam tahun lalu dan diikuti 16 murid Islam dari empat sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan Jalan Klang Lama.

P/S sahih ke nama surau ni?? komen pls..

3 comments:

alcatraz77 said...

mama sedih, sy lagi lah sedih... Depa tak tau ka, makna Al-Musyrikin tu apa? maknanya org2 ( kafir ) tu. nauzubillah betul kah ini?...

Abg Ijal said...

Haddoiii......
Betul ke ni? atau tersalah lapor dalam ejaannya tu?
Kalau betul, ni dah jadi 'yang tak berapa betul nak membetulkan yang memang tak betul' atau ketam nak mengajar anaknya berjalan lurus?

Pening sudahh abg ijal!!!

tunz said...

yerla...mama rasa penyampai berita tu kan cina Pang Cin Fei..mesti kes dia salah sebut tu...bahaya ..lain kali bila bab2 nama mcm tu bg lah yg Islam bacanya..betul tak