HALAMAN

Friday, September 23, 2011

JAKIM sahkan HB tak persenda agama

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.
Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.
Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.
"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.
"Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," katanya.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam. - BERNAMA

5 comments:

Bro ahmad said...

hb dengan isu panas dia...huhuuu banyak isu untuk naikkan filem ke..entahla

tunz said...

biasalh tu kan..org2 glemer ni suker publisiti mcm ni....bro ahmad x nak glemer ke??

Mrs.Yie said...

tapi bagi pendapat saya,saya tetap x bersetuju dengan kenyataan itu..kita kena faham la..islam ni kan sensitif..

Anonymous said...

Another option, and certainly a cheaper one, is to teach yourself via books and videos.
Let's play a game with guitar scales and music theory. Patience is needed because you will not get instant results.

my web-site How To Play A Guitar

Anonymous said...

s Director of Digital Marketing, Monica Valdez,
was recently interviewed for a blog article called "Should you Have an App for That. With all the information put correctly and the use of correct media, it can never go wrong. It is so convenient that almost everybody carries it along.

My weblog :: mobile media marketing