HALAMAN

Thursday, September 8, 2011

Kerajaan Melaka sumbang RM20,000 kepada keluarga allahyarham Noramfaizul

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyampaikan cek sumbangan itu kepada wakil BERNAMA pada satu majlis rasmi Ilmu Wacana Pemikiran Bersama di Seri Negeri di sini hari ini.
Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Naim Abu Bakar.
Mohd Ali berkata, kerajaan negeri yang prihatin dengan pengorbanan warga media ketika membuat liputan di luar negara untuk tatapan umum, amat menghargai jasa Allahyarham Noramfaizul.

Noramfaizul, 39, terbunuh akibat terkena tembakan curi semasa menaiki kenderaan pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan selepas penyampaian bantuan kepada mangsa kemarau dan kebuluran daripada Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Somalia. - BERNAMA

3 comments:

ammboi said...

nasib baik ramai juga yang sudi membantu...

khairul said...

syukur..sekurang kuranya dpt meringankan beban si isteri

tunz said...

alhamdulillah...