HALAMAN

Thursday, September 8, 2011

PERDANA MENTERI MALAYSIA 4



TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (20 DISEMBER 1925 - KINI)
· 
Beliau merupakan Perdana Menteri keempat (16 Julai 1981 - 30 Oktober 2003) dan merupakan pemimpin kedua di Asia Tenggara (selepas Presiden Suharto dari Indonesia) yang paling lama memegang jawatan ketua kerajaan iaitu selama 22 tahun.
· 
Dikenali di Malaysia dan di peringkat antarabangsa sebagai "Dr. Mahathir", beliau dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" atas jasa menggerakkan pemodenan negara untuk mewujudkan kemakmuran di kalangan masyarakat berbilang kaum.
· 
Dr Mahathir merupakan ikon negara di peringkat antarabangsa. Beliau terkenal khususnya sebagai pembela negara-negara membangun dan mundur ke arah keadilan dan kesaksamaan di peringkat antarabangsa.
· 
Pada Oktober 2003, Dr. Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran "Tun", darjah kebesaran tertinggi negara yang boleh dianugerahkan kepada rakyat yang telah menabur bakti kepada Malaysia.
· 
Selepas persaraan, beliau masih bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial dan pembangunan pemikiran masyarakat Malaysia khususnya melalui Yayasan Kepimpinan Perdana dan pelbagai organisasi lain.
· 
Antara usaha-usaha termasyhur beliau adalah:
1.
menubuhkan PROTON, syarikat automobil nasional yang pertama;
2.
memodenkan dan memashyurkan nama Malaysia melalui projek-projek "landmark" seperti Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor - MSC);
3.
menjadikan malaysia sebagai tuan rumah bagi persidangan dan sukan antarabangsa seperti Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM), OIC, Commonwealth Games 1998 dan sukan pemotoran antarabangsa Formula One Grand Prix;
4.
meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara perindustrian baru (newly industrialized country) di dunia; dan
5.
memperkenalkan pendekatan strategik ekonomi yang berjaya membawa Malaysia keluar dari Krisis Ekonomi Asia 1997/98.

No comments: