HALAMAN

Wednesday, September 14, 2011

Resort hospital pertama di Malaysia dibina di Melaka

MELAKA 14 Sept. - Hospital Pakar Resort Hang Tuah Jaya, sebuah hospital pakar berkonsepkan “Resort Hospital” yang pertama di Malaysia akan dibina di Melaka dalam usaha mempromosikan pelancongan kesihatan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, hospital itu akan dibangunkan oleh syarikat Anggun Diversified Sdn. Bhd. di tapak seluas 1.6 hektar di Ayer Keroh di sini, bermula November ini dan dijangka siap akhir 2013.
"Pembinaannya terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan pembinaan bangunan utama hospital pakar dan infrastruktur berkaitan dengan anggaran kos RM150 juta.
"Fasa dua melibatkan pembinaan bangunan pusat kesihatan dan infrastruktur berkaitan bernilai RM100 juta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Meletak Batu Asas Cadangan Pembangunan hospital tersebut di Jalan Botanikal, Ayer Keroh di sini, hari ini. - Bernama

2 comments:

Nizam Ijam said...

harap leh jadi lebih baik...hehe

tunz said...

insyaallah...mudah-mudahan