HALAMAN

Thursday, October 27, 2011

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

Assalamualaikum semua, kali ni mama nak kita kongsi bersama....

Bila mama belajar prinsip ni, baru mama faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
...
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

6 comments:

Warkahsiber said...

GREAT tips..=)..nnti dah kwin kna parktik ni..hehe..

Kakzakie said...

Betul setiap pasangan kena hormat pasangan masing-masing. Bukan saja depan anak depan org lain pun tak boleh hatta ibu-bapa/mertua sendiri sekalipun...

DOMU-KON said...

betul2..setuju

Kak Azzah8 said...

Salam,
saya setuju sangat dengan pandangan ini...semoga kita semua akan menjadi ibu bapa contoh ...

Kak Azzah8
http://nurazzah8.blogspot.com/

Cikgu Bada said...

yo lah mama

tunz said...

ini sbg pedoman untuk kita semua