HALAMAN

Sunday, October 16, 2011

Keracunan Makanan

Apakah Keracunan Makanan?
Keadaan di mana seseorang itu mengalami
� Loya dan muntah
...
� Memulas dan sakit perut
� Cirit-birit
� Kadangkala demam dan kesejukan

Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul
Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.
Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada :
� Ketahanan seseorang
� Jenis racun
� Jumlah racun yang termakan
� Umur seseorang

Apakah Punca Keracunan Makanan?
Punca utama ialah makan makanan yang :
� Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut ("shell-fish") dan sebagainya.
� Tercemar oleh kuman yang merbahaya
� Tercemar oleh bahan-bahan kimia
� Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya

Bagaimana Cara Jangkitan
� Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
� Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
� Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
� Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
� Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli

Bolehkah Masalah Ini Diatasi?
Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk :
� Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
� Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan
� Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor
� Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
� Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran

Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah?
Ya ����..
Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan.
� Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :
�� Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan
�� Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
�� Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
�� Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
�� Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.

JIKA TERJADI KERACUNAN MAKANAN KEPADA ANDA ATAU KELUARGA ANDA
� Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
� Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak kakitangan kesihatan dapat membuat kajian selanjutnya.
� Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut
� Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan yang berhampiran dengan segera.

2 comments:

Anonymous said...

sekali terkena mmg tak makan dah makanan tue dekat situ

Cikgu Badar said...

bagus info ni..penah kena sekali..aduiii