HALAMAN

Tuesday, October 11, 2011

Khasiat buah oren

Dalam banyak-banyak buah, saya rasa ramai yang suka buah oren. Bukan saja sedap dimakan, jus oren pun memang sedap diminum. Tapi pastikan jus yang asli saja, bukannya yang sudah dicampur dengan gula, apatah lagi gula yang berlebihan. Takut nanti niatnya ingin sihat, tapi akhirnya kena kencing manis pula. Pasa asasnya, semua orang tahu bahawa buah-buahan mengand...ungi khasiat yang pelbagai. Tapi tahukah anda mengenai khasiat buah oren terhadap kesihatan anda? Vitamin C? Ya, oren adalah sumber yang kaya dengan vitamin C. Namun, bukan itu saja. Tahukah anda bahawa:

Oren mengandungi Beta Carotene, iaitu antioksida yang berkuasa yang memelihara kesihatan sel-sel kita.
Oren mengandungi Kalsium, yang anda mungkin sudah maklum akan fungsi dan kepentingannya terhadap membina tulang dan gigi yang kuat
Otak kita memerlukan asid folik untuk membesar dengan baik yang dibekalkan dalam buah oren.
Tekanan darah juga dapat diseimbangkan dengan magnesium yang dibekalkan oleh buah oren.
Demi menjaga kesihatan sistem kardiovaskular dan memelihara keseimbangan elektrolit dalam tubuh, potassium dalam buah oren dapat membantu.
Makanan yang kita ambil dapat ditukarkan menjadi tenaga dengan thiamin yang terkandung dalam buah oren.

Tips penting:
Kulit buah oren yang bewarna putih sebenarnya mengandungi vitamin C yang lebih banyak berbanding isi buah oren itu sendiri. Jika anda ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk dinikmati bersama isinya. Walaupun agak pahit, namun ini demi kesihatan anda juga. 

1 comment:

Abg Ijal said...

Oren ni mmg byk khasiatnya. Kena amalkan beri pd anak-anak. Pil atau supplement vitamin C tu baik tapi lebih baik lg kalau bagi sumber asalnya - BUAH OREN.

Info yg berguna - SHARING IS CARING