HALAMAN

Wednesday, October 19, 2011

Menghilangkan Parut / Bekas Jerawat

Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat. Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri. Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan.

Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Bi...
asanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan.
Petua Menghilangkan Jerawat | Menghilangkan Parut Jerawat
Masalah jerawat merupakan perkara yang sangat memalukan terutama pada golongan wanita. Terdapat bermacam jenis produk di pasaran untuk menghilangkan jerawat namun jerawat masih sukar dikawal malah mungkin meninggalkan kesan parut jerawat. Sebenarnya dengan mengamalkan petua menghilangkan jerawat secara tradisional, ia juga mampu mengatasi masalah jerawat dan mungkin lebih berkesan dari produk yang terdapat di pasaran. sekiranya anda masih mempunyai masalah untuk menghilangkan jerawat atau parut jerawat, cubalah petua ini.
Petua Menghilangkan Jerawat

Tentu ramai dikalangan anda yang runsing dengan masalah jerawat. Sebenarnya terdapat petua menghilangkan jerawat yang sangat mudah dan menjimatkan dengan hanya menggunakan bedak sejuk dan air asam jawa. Petuanya ialah bancuh pekat beberapa biji bedak sejuk dengan air asam jawa. Kemudian sapukan pada bahagian yang banyak jerawat dan biarkan sebagai masker. Lakukan sebelum tidur dan bersihkan pada keesokkan hari. Jika diamalkan selalu, bukan saja muka anda bersih daripada jerawat malah petua ini menjadikan kulit muka licin dan lembut.

Petua Menghilangkan Parut Jerawat

Jika anda mempunyai masalah parut jerawat, anda hanya perlu mengamalkan petua menghilangkan parut jerawat ini. Bahan-bahan yang diperlukan ialah sebiji telur ayam dan kulit kayu manis. Caranya ialah dengan menggosokkan kulit kayu manis tersebut pada permukaan kasar dan campurkan putih telur. Sapukan pada wajah anda / tempat parut jerawat dan biarkan semalaman. Cuci dengan air suam keesokkan harinya. Amalkan petua menghilangkan parut jerawat ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, insyaAllah, parut jerawat akan hilang.

Tips Jerawat

Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja. Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk.

1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur-sayuran juga mempunyai antioksidan yang tinggi.

2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan.

3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.

4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur.

6 comments:

harrazdani said...

nice tips cikgu...;)

tunz said...

sharing is caring...leh cuba

ch000tz said...

thank yewww :D

uncle gedek said...

Wah!

ini termasok dalam subjek sains rumah tangga, ke?

tunz said...

uncle nak try pon leh jugak kan..

IMANSHAH said...

kena cuba ni..harap2 menjadi