HALAMAN

Monday, October 17, 2011

MINUMAN 3 DALAM 1 YANG TIDAK TERKAWAL MEMUDARATKAN KESIHATAN

Orang ramai perlu berhati-hati apabila mengambil minuman 3 dalam 1. Pengambilan minuman ini yang berlebihan akan membawa kesan negatif kepada kesihatan.

Dr Roslee Rajikan, Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa apabila minuman 3 dalam 1 dibancuh, pengguna tidak dapat mengawal kand...ungan gula dalam pek minuman 3 dalam 1 itu jika dibanding dengan cara pembancuhan tradisional.

Ini adalah kerana kandungan gula dalam minuman 3 dalam 1 telahpun ditetapkan, dan biasanya mengandungi peratusan gula yang tinggi.
Jika minuman 3 dalam 1 ini diambil sekali sekala, ia tidak menimbulkan masalah. Tetapi, jika diambil 5 – 6 kali sehari, masalah berkaitan dengan kesihatan akan timbul.

Kebelakangan ini, pelbagai kempen kesedaran pengurangan gula telah diadakan oleh sektor kerajaan dan sektor swasta. Namun pendidikan pengguna tentang pengurangan gula masih merupakan tugas yang sukar dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, golongan yang sedar akan kebaikan pengambilan gula yang kurang kepada kesihatan telah berubah kepada corak kehidupan yang lebih sihat.

Sebelum ini, tidak ada orang akan memesan teh tarik kurang manis atau teh ’O’ kosong, tetapi pada masa sekarang, ramai yang menjadikan hal ini satu perkara yang biasa.

Dr Roslee menyarankan ibu bapa atau keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis supaya mengawal pengambilan gula dan mengamalkan gaya kehidupan yang sihat, bagi mengurangkan risiko penyakit tersebut.

Elakkan pengambilan minuman 3 dalam 1 atau mengurangkan kekerapan minuman ini merupakan satu cara yang boleh dicapai untuk mengurangkan pengambilan kandungan gula.

Kesimpulannya, kita boleh mengubah corak kehidupan ke arah kurang gula untuk kehidupan yang sihat demi mengurangkan risiko kepada penyakit kencing manis.
 
 

4 comments:

Cikgu Badar said...

klu 8 dlm 1..amacam

IMANSHAH said...

saya suka teh o kak

tunz said...

CB>> kopi jantan ke tu..hahah

tunz said...

IMANSHAH>>>> bagus tu, lau yg x bergula lg baik kn