HALAMAN

Wednesday, November 30, 2011

BURUK SANGKA VS BAIK SANGKA...MANA PILIHAN ANDA?

Assalamualaikum semua,mari kita kongsi bersama.....

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut

Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja
mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.
think positive
Kesimpulannya,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.
Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah dengan sesama kita.
Salam ceria buat semua ;)

11 comments:

Unknown said...

yealah achik, kena betulkan penglihatan.. kena sentiasa fikir positif.:)

tunz said...

NURULHANIF>>>jgn mudah melatah...

Warkahsiber said...

Betul3..Kan senang pilh yang baik, semuanya akan baik..=)..

Shaiful Zaidi said...

Husnu dhan..

Anonymous said...

semoga berbahagia selalu

Cikgu Tie said...

Cikgu Tie selalu berbaik sangka ajer!

kpah k-poh Sharifahnor said...

kena belajar berbaik sangka....tapi kadg2 tu memang kena buruk sangka jugak...kan mama tunz..

tunz said...

buruk sangka tu kita diam2 je..hanya kita je yg tahu...x baik jugak menjatuhkan air muka org..org Melayu ni kan sopan santun tak gitu kpah oiiiiii......kpah penag tu duk tang mana..hari tu mama ke permatang pauh ziarah pak penakan uzur

♥ ieRa ♥ said...

kene banyakkan berbaik sangka...insyaallah ;)

Mommy Razim said...

Banyak yang buruk sangka kalo kita semua baik sangka rase-rasenya aman dunia nie

Mommy Razim said...

Banyak yang buruk sangka kalo kita semua baik sangka rase-rasenya aman dunia nie