HALAMAN

Monday, November 21, 2011

Kegunaan,Manfaat dan Khasiat Daun Pandan

Assalamualaikum semua, kenal akan daun pandan??kepada yang tak pernah lihat daun pandan dan x tau apa kegunaannya daun ini mama ingin kongsikan bersama ....

Nama Saintifikdaun Pandan : Pandanus amaryllifolious
Nama Inggeris: Screwpine Leaves
 Pokok pandan terdapat di hampir setiap laman dapur di Singapura, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan Thailand, di mana daunnya secara tradisional digunakan dalam masakan enak dan manis untuk menambah rasa nasi, kari, susu, kek, puding dan ais krim. Ia juga digunakan untuk menambah rasa masakan ternakan, daging atau ikan, udang, kekacang, jeruk, dan juga jeli serta manisan.

Ia mudah tumbuh di kawasan yang lembab. Di bandar, penghuni taman menanamnya dalam pasu. Pokok pandan ni memang banyak gunanya. Kadang-kadang kita tidak terfikir begitu banyak faedahnya kepada kita dalam kehidupan seharian. Mari kita lihat sepenuhnya!

Kegunaan Daun Pandan dalam Makanan.

- Haruman : Rasanya yang ‘halus’ memberikan ia kepentingan dalam masakan Asia yang sama seperti ‘vanila’ kepada masakan Barat. Satu jalur daun berukuran kira-kira 10 cm (4 inci) dimasukkan ke dalam periuk untuk mewangikan nasi yang dimasak. Dua atau tiga jalur direneh dalam kari. Di Singapura, ia digunakan untuk mewangikan Bobochacha, sejenis jem keladi.

- Pembalut : Di Thailand, ayam yang telah diperam dibalut dengan daun pandan dan digril atau digoreng dalam minyak yang sangat panas, yang kemudiannya rasa daun pandan akan meresap ke dalam ayam yang dimasak itu.

- Pewarna -:Daun pandan meninggalkan warna hijau dalam masakan. Di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, daun ini ditumbuk dan ditegangkan (atau dikisar dengan sedikit air) untuk menghasilkan perisa dan pewarna untuk kek dan manisan.

Kegunaan Daun Pandan dalam kehidupan seharian :

- Daun Pandan boleh digunakan sebagai pewangi bedak sejuk
- Pewangi asli bunga rampai.
- Ubat pencegah lipas

Caranya:
Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.

-Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.

Khasiat Daun Pandan dalam perubatan:

Daun Pandan ubati Lemah saraf - ambil 3 helai daun pandan muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
Buang angin dalam badan- Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
Gelisah : Ambil 2 helai daun pandan muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
Rambut gugur- Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
Kelemumur-Ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.
See more

5 comments:

khairul said...

sy selalu letak dlm kereta utk halau lipas

NURULHANIF said...

daun pandan memang wangi pun mama kan.. hihi

Kakzakie said...

Kakak tak tahu dia boleh halau lipas. Bagus sebab rumah kakak ada pokok pandan... thanks for the info..

tunz said...

daun pandan memang banyak gunanya...

kak lang said...

sush la nk cri daun pandan kat kl ni...eerrrmmm