HALAMAN

Sunday, November 6, 2011

PETUA

Assalamualaikum semua,
Melazatkan Ikan Beku

Ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Cara mengatasinya ialah:

- rendamkan ikan tersebut di dalam susu segar selama 15 minit.
- Masaklah seperti biasa. Ikan akan menjadi segar semula dan enak dimakan.
Menghindarkan Tikus 
1. Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga didalam almari makanan.
2. Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di tempat yang selalu didiami oleh tikus.
3. Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering di lalui oleh tikus.
 Mengelakkan Peti Sejuk Berbau

Peti sejuk yang tidak bersih akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Ikutlah beberapa petua ini.

1. Letakkan sedikit esen vanila dalam bekas yang kecil dan simpan di dalam peti sejuk. Peti sejuk akan berbau harum dan segar.
2. Bungkus seketul arang dengan perca kain. Letakkan di dalam peti sejuk. Arang ini akan menyerap bau busuk itu.
3. Letakkan sepotong nanas pada setiap tingkat di dalam peti sejuk. Bau yang tidak enak akan hilang.
Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian

1. Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam.
2. Kemudian keluarkannya.
3. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.
 
 
 

4 comments:

cikguden said...

baru tahu semua petua ni kecuali satu, guna perangkap tikus. huhu

DOMU-KON said...

semua petua misz Domu xtau..huhu

NURUL ASHIKIN said...

sangat membantu..nanti dapatlah makan ikan beku dengan rasa yang lebih sedap

Cik tikah said...

wah, baguslah petua ni . tq for sharing :)