HALAMAN

Monday, December 26, 2011

3 Tips Berkesan Supaya Hati Tenang

Assalamualaikum semua,kali ini mama nak share tips yang mama baca daripada blog pakarhowto...marilah kita amalkan...


1. Latih diri dan hati anda untuk sentiasa berasa SYUKUR dan belajar hidup sederhana
Macam mana untuk sentiasa rasa bersyukur? Lihatlah orang di bawah anda. Kalau kita hanya ada motor jer, lihatlah orang yang berjalan kaki (tiada motor). Jangan dok mengada pi tengok orang yang pakai Alphard @ Mercedez pulak. Latih la diri untuk MENGHARGAI dan MENSYUKURI dengan apa yang anda ada.
Latih juga diri anda untuk hidup sederhana saja. Latih  hati untuk sentiasa  rasa cukup dengan apa yang ada.

2. Toksah dok TERLALU mengejar cita-cita dunia (materialistik)
Jangan terlalu asyik dan SIBUK mengejar dunia saja. Sebab nanti pasti anda akan penat. Kerja tu memang perlu. Tapi jangan pulun macam orang takde agama. Solat entah kemana, zikir Quran apatah lagi. Yang dia tahu, cari duit, cari duit, cari duit. Dia ingat duit boleh beri ketenangan pada hati dia. Silap besar lah. Tak percaya? Silalah pulun dunia habis-habisan.
Ingat pesan aku ni. Kalau anda nak tenang hati, peruntukkanlah sebahagian masa anda untuk untuk beramal ibadah, solat berjemaah, pi dengar ceramah, selalu bersedekah, dan buat amal jariah. InsyaAllah, walau mungkin anda orang susah, tapi hati tetap tenang takde keluh kesah.

3. Bantu orang lain dan eratkan silaturrahim
Perbaiki hubungan anda dengan orang lain. Berkasih sayanglah dengan adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga, kawan-kawan dan masyarakat sekeliling anda. Beri salam, ucap selamat, senyum mesra dan doakan kebaikan untuk sesiapa saja. Kalau ada orang sakit, pergi ziarah. Kalau anda kenduri kendara @ rumah terbuka, pergi raikan. Kalau orang lain ada masalah, cuba bantu. Pendek kata, buatlah seberapa banyak kebaikan kerana Allah. InsyaAllah pasti dan pasti, Allah akan curahkan rasa kasih sayang dan ketenangan dalam hidup anda.
Nak tips lagi? Cukuplah 3 tips tu. Yang penting amalkan. Bukan baca saja. Kalau sekadar baca saja, bagilah 100 tips sekalipun. Jangan harap anda nak tenang.
So….
APAAA YANG PENTING?
Bukan KERJASAMA yer.
Tapi,
AMAL kan!
tips untuk tenangkan hati

8 comments:

uncle gedek said...

tapi materialistik sangat sinonim dengan dunia kapitalis sekarang ini

Unknown said...

TQ atas info ni mama

Unknown said...

TQ atas info ni mama

Unknown said...

TQ atas info ni mama

Lady Rina said...

tq for sharing..:)

Shaiful Zaidi said...

Ceria sokmo...hehehe

Unknown said...

Salam kenal ..

Niena singgah sini ye ..

Niena sudah follow ..

Jemput singgah & komen blog Niena ye ..

Niena dah klik iklan nuffnang .. =)

(Klik iklan churp2 & nuffnang Niena ye)

Jom daftar churpchurp d'blog Niena .. Untung dengan hanya 1 klik .. Churp2 lebih laju daripada nuffnang .. =)

IMANSHAH said...

saya pun metearilistik..huahua