HALAMAN

Wednesday, January 25, 2012

Anda orang berjaya atau orang yang gagal?

orang berjaya


Assalamualaikum semua..siapakah anda? orang yang gagal atau orang yang berjaya?Mari kita kongsikan info ini.
Bayangkan terdapat sebuah bank yang mengkreditkan RM86,400 kepada anda setiap pagi dan pada setiap malam pula bank akan memotong jumlah yang anda gagal belanjakan.

Kita semua sebenarnya memiliki bank ini. Ia dipanggil MASA.
Setiap pagi, ia mengkreditkan 86,400 saat kepada kita. Dan pada setiap malam ia melupuskan apa-apa bahagian yang kita gagal laburkan untuk tujuan yang baik.

Ramai daripada kita merungut tentang kesuntukan masa. Bagaimanakah kita boleh meluangkan lebih banyak masa? Bagaimanakah kita boleh menjimatkan lebih banyak masa?
Hakikatnya, kita semua diberikan 24 jam sehari. Ia bukanlah tentang berjimat atau membelanjakannya, tetapi bagaimanakah kita dapat melabur dengan bijak.
Ya, ia dinamakan pelaburan MASA.

Mereka yang berjaya dalam apa jua bidang ialah mereka yang dapat memanfaatkan masa mereka setiap hari dengan sebaik-baiknya. Mereka melaburkan masa mereka dengan bijak. Tiada sesaat pun masa mereka disia-siakan.
orang berjaya
Tahukah anda apakah perbezaan paling ketara antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal?

Ya, perbezaannya ialah, cara mereka menggunakan masa. Cuba lihat orang yang berjaya memanfaatkan masa mereka. Cuba pula bandingkan bagaimana orang gagal menguruskan masa mereka.

Orang gagal, biasanya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Contohnya berbual kosong, main game, menonton TV dan sebagainya.

Sebaliknya orang berjaya, mereka memang ada perancangan masa. Mereka ada jadual mereka sendiri. Pagi nak buat apa, tengahari buat apa, petang buat apa dan malam pula buat apa. Mereka susun dan rancang masa mereka dengan begitu baik.

Orang yang berjaya, semakin masa berlalu, semakin mereka melihat pelaburan mereka terus berkembang.
Sebaliknya, orang gagal, masa berlalu begitu saja. Tiada pencapaian, tiada peningkatan. Masa lebur, apa pun tak dapat.
Anda bagaimana? Anda orang berjaya atau orang yang gagal?
p/s- Kepada yang nak belajar bagaimana menguruskan masa dengan lebih baik, bolehlah rujuk disini.

 Ayuh, mari kita jadikan setiap hari itu bermakna. Laburkanlah masa anda dengan sebijak yang mungkin

7 comments:

Phat said...

masa perlu digunakan sebaik2 nya agar ia tidak berlalu dengan sia2..

tunz said...

betul tu phat....

p/s mcm jer...bukan nk pon..baby phat tu kira ank buah mama la jugak..ke cucu kot..huhu

Kakzakie said...

Bila fikir balik macam banyak pula saat dan detik yg kakak ditinggalkan macam tak ada buat apa... Hari-hari rutin yg sama..

Cikgu Jaja™ said...

susah nk uruskan masa baik2 mama... huhu

HeNRieTTa JoSe said...

Sedang belajar menguruskn masa....

caliph shuriken said...

mama, tlg kreditkan sy 86,400.. sy nk run bisnes, hikk...

Scarlett O'Hara said...

Selalu rasa tak cukup masa...