Assalamualaikum semua..
Topik pada kali ini berkaitan dengan sistem ‘mengeja dan sebut’ yang diajar oleh guru di sekolah, tetapi gagal dipraktik dengan baik oleh murid.
Cuba perhatikan cara murid belajar mengeja di bawah :
Gambar 1 menunjukkan murid mengeja sambil menunjuk pada perkataan. Cara ini perlu diperbetul bagi mengelakkan murid terus ketinggalan. Ini kerana murid menutup perkataan yang hendak dieja. Kebanyakan guru tidak perasan apabila membimbing murid mengeja dalam kumpulan.
Sistem yang salah terus diamalkan. Jadi, tidak hairanlah murid lebih banyak menghafal dan terus tidak kenal abjad, apatah lagi untuk menulis berdasarkan gambar.
Gambar 2 menunjukkan cara mengeja sambil menunjuk dengan cara yang betul. Murid tidak menutup perkataan. Oleh yang demikian, mereka akan dapat melihat huruf dan suku kata yang hendak dieja.
Kadang-kadang ada perkara kecil yang kita terlepas pandang. Jadi, sama-samalah kita bantu murid agar tidak terus ketinggalan.
2 comments:
Laaa... macam tu ke teknik?
patot la unlce sekarang pon baca merangkak-rangkak....
cikgu dulu salah ajar...
kakyong ajar anak di rumah guna kaedah 2 tu...
tahun ni harus ulang cara sama utk anak yg 5 tahun pulak (tahun ni baru tadika).. tahun lepas abg, tahun ni di PRA & sudah boleh mbaca walau belum lancar..
Post a Comment