HALAMAN

Monday, January 9, 2012

fuhh!!!! dah macam 'exam'

Assalamualaikum semua, hari ni punyalah plan nak masuk kelas tahun 1 Cerdik macam biasa....pas assembly Cikgu Rahmat(GPK 1) beritahu yg dia dpt sms drp pihak PPD Jasin memaklumkan yang pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia akan datang ke sekolah untuk soal selidik tentang beban tugas guru.

20 orang guru yang dipilih untuk menjawab soal selidik ni termasuklah mama yang bertugas sbg Guru Perpustakaan dan Media Sekolah. kaji selidik ini untuk mendapat maklum balas tentang beban tugas yang perlu ditanggung oleh para guru..setelah diberi taklimat,mamapun mulalah menjawab....bidang A kira ok lah jugak sebab hanya maklumat sekolah dan bidang tugas kita di sekolah..bila masuk bahagian B uhhhh jenuh ngisinya...kena buat kiraan berapa kali kita laksanakn sesuatu dan sama ada sehari,seminggu atau setahun...yang peningnya dlm angka pulak tu...beribu2 minit le jadinya....
En. Latip ..pegawai KPM
borang soal selidik untuk guru
pentadbir pun kena isi...turut hadir pegawai PPD Jasin..
 mama kena jawab lebih drp guru lain lah sebab ada bahagian C untuk guru media isi..dan last sekali ..tuliskan permasalahan dan cadangan..yang ini memang mama minat sekali sbb mama ni sukakomplen..hahaha...abis isi jam 2.45 ptg....terbako...
taktoleh kiri kanan sbb nak siapkan cepat..huhu
 p/s sian angah sbb duk siapkan homework math dia kat library..byk keje dh tahun 5 ni..so far dia dah berubah..makin bertanggung jawab..mama selalu berdoa selepas solat untuk anak2 mama ni...alhamdulillah...bila balik umah jer..along zaqwan dah kat meja luar wat homework form 1 dia...yer la..hari ni baru mula belajar...sbb last week duk dewan untuk orientasi jer....k lah jumpa lagi semua..

3 comments:

♥ ieRa ♥ said...

ni lah dunia guru sebenar..chaiyok KKO!

Koding said...

standard guru malaysia dah jawab ke blom??

tunz said...

KKO>>>tahniah dan selamat datang ke dunia perguruan..

koding>>>lama dah mama isi SGM..