HALAMAN

Sunday, January 22, 2012

JOM BELAJAR DI HARI AHAD

Ganjil?



Dalam asas kemahiran sifir, terdapat dua jenis nombor yang boleh kita kelaskan untuk memudahkan penguasaan sifir. Jika kita memahaminya pembelajaran, pemahaman dan penguasaan sifir akan mudah dikecapi.

Dua jenis nombor yang perlu difahami kategorinya ialah nombor ganjil dan nombor genab.



Apa perbezaan?
Sifir yang bermula dengan nombor ganjil akan mempunyai jujukan nombor bermula dari 1,2,3,4,5,6,7,8,9.

Sifir yang bermula dengan nombor genab akan bermula dengan turutan nombor seperti berikut 2,4,6,8,0,2,4,6,8.
kedua-dua sifir ini akan anda dapati jika menggunakan jadual atau kotak 3 X 3.

Lihat contoh sifir nombor genab untuk sifir 2 dibawah.

Lihat bagaimana susunan turutan nombor yang bermula dari nombor 2,4,6,8,0,2,4,6,8.
Apabila dimasukkan angka yang berwarna merah seperti berikut....
hasilnya adalah jawapan untuk sifir 2.

Berikut adalah contoh untuk sifir yang bermula dengan nombor ganjil.

Sifir 3

Lihat dimana nombor 3. Masukkan angka berwarna merah dan lihat arah anak panah untuk mendapatkan jawapan sifir nombor 3.

Selamat mencuba.

Renungan :  " Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya beserta dengan kepayahan adalah kesenangan." ~ Hadis riwayat oleh Imam Tirmizi~