HALAMAN

Sunday, January 8, 2012

ROMPAK/SAMUN

Assalamualaikum ..mari kita kogsikan bersama untuk kebaik semua.. 

ROMPAKAN DI RUMAH
 
• Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
• Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
... • Kenal pasti pelawat melalui 'door viewer' dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.
• Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.

ROMPAKAN DI TEMPAT AWAM
• Berwaspada apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang berpeleseran di kawasan lif.
• Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan.
• Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
• Apabila anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini.
• Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.
• Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi.
• Berhati-hati dengan orang yang mencurigakan yang sentiasa berpeleseran di lif, tangga, kaki lima dan di kawasan awam.
• Bawa alat penggera bersama anda dan gunakan ia untuk mencegah perompak atau untuk menarik perhatian orang yang berdekatan.

APA PERLU DILAKUKAN APABILA ANDA DIROMPAK.
• Anda perlu bertenang.
• Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
• Perhatikan gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
• Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kenderaan, dan jenis kenderaan. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
• Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi Balai Polis berdekatan dengan segera.

Sumber : PDRM

3 comments:

Unknown said...

takut btol hidup d zaman skunk ni

Nisa Greennnpanda said...

sy mmg tkut gak naik lif ngan laki or pmpuan.. meaning sy sorg, die pun sorg.. coz penah tgk video org kne rompak dlm lif..

naik lif sorg2 or rmi2 lg best, hehe..

Ayie Abas said...

yang penting bila berdepan situasi mcm ni..kita jangan panik...dan juga bijak melihat keadaan sama ada mahu melawan atau lebih baik berdiam diri saja...kehilangan barang x mengapa berbanding kehilangan nyawa.