HALAMAN

Saturday, January 14, 2012

Tatkala ujian menimpa, nak buat apa?

Assalamualaikum, sebelum mama ke sekolah untuk bermesyuarat,mama ingin kongsikan bersama....semoga bermanfaat kepada semua...

Dalam kita menyusuri sepanjang liku hidup ini, pasti banyak suka dan duka kita lalui. Beribu onak dan duri kita rasai. Pasti ada ketika kita tersungkur kerana silap percaturan.
Kawan-kawan…
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan, lautan yang mana tak dilanda taufan. Setiap insan pasti diuji dengan pelbagai ujian.
Renungi dan fahamilah firman Allah SWT dalam Surah Al’Ankabuut ,ayat 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta.
Waktu diuji kita selalunya bersedih, kadangkala menangis sendirian kerana begitu beratnya ujian. Dunia terasa sempit menghimpit perasaan, kita mula hilang pertimbangan. Tidak semena mena menunding jari kepada insan di sekeliling kita dengan pelbagai tuduhan.

Malah ada juga yang berkali kali menyalahkan diri sendiri hingga memperosokkan diri sendiri dalam dimensi kekecewaan. Ada juga tidak segan silu merintih dan memarahi takdir illahi kerana dirinya terpilih untuk diuji sedemikian rupa.
Bukankah kita ini terlalu mengikut perasaan?

Hakikatnya, ujian itu mematangkan kita melalui pengalaman yang mengajar susur galur kehidupan.
Kawan kawan…
Ketahuilah permata yang terbenam dalam lumpur takkan terhasil tanpa haba dan tekanan yang tinggi. Ia juga takkan bersinar bergemerlapan jika tidak dicanai, diasah dan digilap. Apakah kita ingin menjadi permata yang teguh bergemerlapan atau rela menjadi pasir yang hancur kerana tak mampu bertahan?
Setiap ujian akan memantapkan keimanan bagi orang orang yang tabah dan sabar, sebaliknya membawa kehancuran jika membiarkan diri hanyut tanpa pedoman. Berapa ramai orang yang tersungkur terus tersungkur, terjerumus dalam keseronokan duniawi berlebih-lebihan dengan alasan cuba melupakan kepedihan?
Malah ada yang sanggup bertindak melampau dengan merentap jiwa mereka sendiri kerana ceteknya pertimbangan. Ingatlah pada Allah SWT, setiap jiwa itu amat berharga, tidak untuk dimusnahkan begitu sahaja.
Ingatlah kawan…
Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Allah SWT yang mencipta kita, pastilah Allah SWT jua amat memahami kemampuan diri kita. Oleh itu, janganlah mudah berputus asa.

Tips Menghadapi Ujian

Waktu dilanda ujian,
  • Redha dan bersabarlah. Orang bersabar kental jiwanya.
  • Ambillah waktu seketika untuk bertenang, kerana jiwa yang tenang menjernihkan pemikiran.
  • Keringkan air matamu kawan, rawatlah luka hatimu, ubatilah sakitmu kerana menghadapi dugaan memerlukan kekuatan rohani dan jasmani.
  • Carilah teman pendampingmu yang mampu menyokongmu dan membakar semangatmu.
  • Bertaubatlah kepada Allah SWT, kita insan lemah tidak pernah sunyi dari melakukan dosa.
  • Dekatkan diri kepada Pencipta, berserah dan mohonlah petunjuk semoga dimudahkan segala urusan. Tiada penolong yang lebih baik selain Allah SWT. Berdoalah dengan membulatkan keyakinan terhadap Allah SWT.
al-baqarah ayat 286
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, ampunilah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. Amin (doa dipetik dari ayat 286, surah Al-Baqarah)

Andaikata kita pernah tersilap langkah, marilah kita sama sama kembali ke pangkal jalan, jalan yang lurus lagi diredhai Allah swt. Masih belum terlambat, masih ada kesempatan.
Janganlah kita berputus asa dari rahmat Ilahi walaupun sudah jauh menyimpang. Jalan pulang sentiasa ada, pintu taubat sentiasa terbuka.
Andai tersungkur lagi, sapulah debu-debu dari wajahmu, lalu bangkitlah kembali, berjuanglah menghadapi ujian dengan penuh ketabahan.
masalah hidup
Dalam menyusuri hidup yang berliku,
Kadangkala tersungkur di lembah gelap sejuk membeku,
Mata terpejam tubuh lena terkaku,
Tika mengaum guruh jauh berbatu batu,
Tubuh tersentak terjagalah aku,
Mula meraba mencari cahaya yang satu,
Cahaya hangat buat penyuluh hidupku

sumber;blog pakarhowto

3 comments:

Unknown said...

nice entry :)

AkuBudakKampung.com said...

sejuk hati membaca,,,
huhuhu

puteri kasih said...

ujian mematangkan kita jika kita menerimanya secara positif ujian juga mampu melemahkan kita seandainya kita tidak penah redha