HALAMAN

Tuesday, January 17, 2012

Tazkirah Bagi Hati

  • Kita suka bila kita dipercayai, tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?

  • Kita suka bila kita disanjungi, tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain?
  • Kita tidak suka di caci, tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain?
  • Kita tidak suka dikhianati, tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain?
  • Kita tidak suka dibenci, tetapi kenapa kita suka membenci orang?
  • Kita tidak suka disakiti, tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain?
  • Kita tidak suka dipersalah, tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain?
  • Kita tidak suka dikritik, tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain?
  • Kita tidak suka hak kita dirampas, tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain?
untitled
    Kalau kita ingin dihormati, kita juga mesti belajar untuk menghormati orang lain dahulu. Kalau kita ingin dihargai, kita juga mesti belajar untuk menghargai orang lain. Kalau kita ingin difahami, kita juga mesti belajar untuk memahami orang lain. Kalau kita ingin dikasihi, kita juga mesti belajar untuk mengasihi orang lain. Kalau kita ingin disayangi, kita juga mesti belajar untuk menyanyagi orang lain.
  • Kita suka bila kita dipercayai
  • Kita suka bila kita dihargai
  • Kita suka bila kita dihormati
  • Kita suka bila kita dikasihi
  • Kita suka bila kita difahami
  • Kita suka bila kita disayangi
  • Kita juga suka bila kita dipuji
Tetapi, kenapa kita sering lupa untuk memuji Pencipta dan Pentadbir alam ini??
Kita juga sangat suka bila kita dicintai, tetapi kenapa kita sering lupa untuk mencintai dan mencari cinta Rabbul Izzati, Allah yang Maha Mengasihani?
Kenapa kita jadi begini? Ketuklah hati, tanyalah diri, koreksi peribadi. Salah orang lain atau diri sendiri

6 comments:

Pen Biru said...

betol3..setuju!

suri solehah said...

lemahnya iman kita..punca jd cam tukan..

khatgrafik said...

Ikut hati mati :) Ikut rasa binasa. Tepuk dada tanya iman..

Mama Tunz telah di tag oleh JT di sini :

http://jomtonton.net/v1/jom-join-blogwalking-2012-bersama-sufai-com.html

Unknown said...

setuju , harus selalu muhasabah diri..

dlm dunia blog ni, amik masa berbulan & bertahun utk memahami kenalan blog.. ;)

Koding said...

Hati manusia suka pada yang elok-elok dan pujian sahaja...

Nazri Razra said...

Tersentuh Abe ngan N3 Ni. Banyak sungguh penilaian yang diberikan untuk diri sendiri,.