HALAMAN

Friday, January 20, 2012

Tips Anti Penuaan @ Petua Awet Muda

Assalamualaikum semua...
Ramai orang begitu teruja bila bercakap berkenaan Anti-Penuaan. Dengan kesibukan kita seharian, kita kadangkala mengabaikan aspek penjagaan kecantikan dan kesihatan. Tidak dinafikan, dengan kemajuan teknologi kecantikan, ramai orang mengambil jalan singkat dengan melakukan pembedahan kosmetik, penyuntikan botox (botox haram disisi Islam), penyuntikan vitamin C dan kolagen, pengambilan supplement kecantikan dan sebagainya. Kadangkala member kesan sampingan yang membahayakan kesihatan.


Tiga kombinasi penting dalam formual Anti Penuaan iaitu pemakanan, kesihatan fizikal dan kesihatan mental.

Tips-tips Pemakanan

  1. Pastikan badan kita menerima air sekurang kurangnya 8 gelas sehari. Air cukup dapat menglancarkan fungsi badan di samping itu dapat membekalkan kelembapan secukupnya kepada kulit. Selain itu mengamalkan meminum air kosong 2-3 gelas selepas bangun dari tidur adalah baik untuk badan manusia, kerana enzim-enzim di mulut yang masuk ke dalam perut akan membantu mempercepatkan proses pencernaaan.
  2. Makan dan minum makanan berkhasiat yang seimbang dari segi kandungan karbohidrat, protein dan vitamin. Menurut kajian pakar, Okinawa diet adalah antara diet yang baik untuk diamalkan kerana mampu meningkatkan kualiti kesihatan melalui kombinasi diet rendah kalori dan tinggi kandungan nutrisi dengan pengambilan banyak makanan dari tumbuh-tumbuhan, ikan dan produk soya. Okinawa diet diamalkan oleh penduduk Kepulauan Okinawa di Jepun yang menjadi rahsia tahap kualiti kesihatan yang tinggi di kalangan warga emas mereka.
 
  1. “Nutrition supplement” hendaklah diambil mengikut keperluan. Walau bagaimanapun, pengambilan nutrisi dan zat-zat penting terus dari ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar adalah yang terbaik bagi mendapatkan kesihatan yang ideal.
  2. Pengambilan khasiat Omega3 secukupnya adalah penting dalam membentuk sel-sel yang sihat dalam badan. Badan kita dibentuk oleh kumpulan blok blok sel yang dindingnya terdiri daripada molekul asid lemak. Melalui pengambilan makanan tinggi kandungan Omega 3 akan membantu badan kita membaiki dan membina sel sel badan yang sihat.
  3. Mengelakkan pengambilan “Transfatty acid (bad cholesterol)” secara berlebihan. “Transfatty acid banyak terdapat dalam makanan berlemak tinggi seperti makanan bergoreng, daging merah, dan makanan segera. “Transfatty acid”penyumbang utama kepada penyakit kardiovascular dan kronik yang sering menyerang penduduk negara maju. Kajian pakar membuktikan kandungan transfatty acid yang tinggi dalam badan menyebabkan radang pada sel dalam badan. Sel-sel yang mengalami keradangan digambarkan seolah olah minyak panas yang bila bila masa sahaja boleh terbakar. Keradangan pada sel-sel badan menyebabkan kita mudah stress, keletihan dan lama kelamaan mengalami penuaan pramatang.
  4. Saranan menggunakan minyak masak sayuran yang berkualiti. Penggunaan hanya sekali sahaja bagi setiap kali memasak adalah yang terbaik kerana haba ketika memasak akan menukarkan molekul minyak kepada transfatty acid yang amat merbahaya bagi badan.
  5. Makan malam lebih awal dan tidak mengambil hidangan terlalu berat waktu malam bagi memastikan perut mendapat berehat secukupnya sewaktu tidur.
  6. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna tiruan berlebihan seperti jeruk, belacan, makanan ringan dan lain lain makanan yang telah diproses. Kandungan kimia dalam makanan amat merbahayakan kesihatan.
  7. Petua merawat penyakit diabetes kelas 2 – air panas dan bijiran halba diminum setiap hari
  8. Petua merawat sakit sendi sendi –campuran air panas dan kunyit diminum setiap hari.
  9. Petua pemakanan orang lepas bersalin –mengamalkan pemakanan ikan yang kaya dengan kandungan asid amino dan omega 3 untuk membaikpulih kembali sel sel yang rosak. Kunyit pula mampu mempercepatkan proses penyembuhan serta melegakan kesakitan otot dan sendi.
  10. Memakan cendawan setiap hari kerana ia kaya dengan nutrient penting dan rendah kalori.
  11. Kurangkan pengambilan gula secara berlebihan samada dalam minuman mahupun tersembunyi dalam makanan.
  12. Sebolehnya memasak sendiri makanan di rumah dengan memastikan pemakanan seimbang, sihat dan kurang pengawet.
  13. “Detoxification” dengan mengamalkan hanya meminum jus buah buahan sehari dalam setiap minggu. Buah buahan mempunyai kandungan antioksida yang boleh mencuci radikal bebas dalam badan yang menjadi punca penuaan.
  14. Mengamalkan ibadat berpuasa. Selain mendapat pahala ibadat, berpuasa juga terbukti baik untuk tubuh badan dan dapat membantu merehatkan beberapa organ penting dalam badan. Adalah disarankan kita bersederhana dan mengamalkan makan yang berkhasiat ketika berbuka puasa.
 tips awet muda

Tips-tips Kesihatan Fizikal

  1. Aktiviti senaman secara berkala seperti jogging, berbasikal, berenang dan sebagainya mestilah diamalkan supaya dapat membakar lemak berlebihan, membina otot, melancarkan fungsi badan dan meningkatkan tahap kesihatan.
  2. Senaman angkat berat (Weight lifting) untuk melatih kekuatan sendi dan otot. Senaman ini dapat meningkatkan pengeluaran hormon hormon seperti testosterone dan progesterone yang amat baik untuk badan. Kajian ke atas beberapa pekerja di sebuah syarikat mendapati senaman angkat berat selama 10 minit sehari telah meningkatkan prestasi kerja dan produktiviti pekerja yang terbabit.
  3. Memastikan badan mendapat tidur dan rehat secukupnya.

Tips-tips Kesihatan Mental

  1. Memelihara hubungan baik suami isteri, anak anak dan keluarga. Keluarga yang bahagia dapat memberi ketenangan dan kedamaian dalam hidup. Keluarga yang bahagia melahirkan generasi yang seimbang, berkualiti dan mempunyai jati diri.
  2. Keseimbangan dalam urusan kerja dan urusan kekeluargaan. Tidak mencampuradukkan antara urusan kerja dan kekeluargaan supaya tiada kecelaruan dalam pengurusan hidup. Masalah kerja diselesaikan di tempat kerja manakala masalah kekeluargaan diselesaikan sebaiknya di rumah.
  3. Sentiasa berfikiran positif.
  4. Memelihara hubungan baik dengan Allah SWT dengan berusaha untuk lebih kusyuk dalam sembahyang. Sembahyang dapat memberi ketenangan jiwa, mencerahkan hati dan menjernihkan minda. Orang yang memelihara sembahyangnya, hidup lebih tenang dan bahagia.
  5. Sentiasa ber “Qiamullail” atau solat sunat di penghujung malam di samping berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan tubuh badan yang sihat. Terdapat banyak rahsia di sebalik “Qiamullail”.
petua awet muda
Belum terlambat untuk kita mengamalkan tips-tips Anti Penuaan di atas. Bukan sahaja keremajaan luar dan dalam yang kita dapat malah kesihatan tubuh badan dan hidup yang bahagia pasti jadi milik kita. Selebihnya kita bertawakkal kepada Allah SWT.
Kawan kawan, tidak gunanya kita berkerja keras mengumpul harta dan wang ringgit tapi gagal memelihara kesihatan tubuh badan kita. Akhirnya ribuan ringgit terpaksa dihabiskan untuk merawat tubuh yang sakit. Tiada nilainya harta andai tubuh tak bermaya, wajah pula kedut seribu menahan sakit.
Sumber:pakarhowto

3 comments:

Ce'gu JAERA said...

wahhh, memang berguna semua info2 ini... harap kita dapat amalkan bersama2

Ayie Abas said...

mamatunz...menarik entry ni...tapi teksnya kecik sgt laa... :P

Uji Hussein said...

Tq share ek Mama.Nice info.