HALAMAN

Monday, February 6, 2012

Cara untuk top up masa anda

Setiap orang dikurniakan masa 24 jam dalam satu hari. 7 hari seminggu. 30 hari sebulan. 365 hari setahun.
Kalau buat kira-kira lebih detail, bermakna dalam setahun kita mempunyai 8,760 jam. Betul ker saya kira ni? Hehehe
8,760 jam!
Wah banyak betul masa untuk kita kan?

Eh banyak ke? Kalau banyak, kenapa ramai yang merungut tak cukup masa.
Bila lewat hantar “assignment” alasannya, sebab tak cukup masa. Bila lewat siapkan“filing” , alasannya sebab tak cukup masa. Bila lambat siapkan tugas, alasannya sebab tak cukup masa.
“Rasa tak cukup jer masa 24 jam sehari.”
Betul ke tak cukup? Jika tak cukup, kenapa tak “top up” masa anda.

Cara Nak Top Up Masa Anda


Ingat kembali, dalam sehari berapa banyak masa kita digunakan untuk menunggu orang?
Tunggu kawan, tunggu bos, tunggu anak keluar sekolah, tunggu bas, tunggu makanan sampai, tunggu lift, tunggu “family” bersiap. Banyak betul masa kita menunggu dalam sehari.
Apabila kita menunggu, berlakulah pembaziran masa. Jika setiap kali menunggu adalah 5 minit, sudah berapa banyak masa tu?
Sebenarnya, masa yang dibazirkan inilah sepatutnya menjadi masa “top up” anda. Anda boleh melakukan tugas-tugas anda sewaktu menunggu ini.

Boleh ke siap semua tugas anda dengan waktu yang pendek ini?
Jawapannya, BOLEH!!
Jika dilihat kembali pada senarai tugasan anda, sebenarnya banyak tugasan anda boleh dibahagikan pada bahagian-bahagian kecil. Dan, bahagian-bahagian kecil inilah yang boleh dibuat ketika waktu menunggu. Biarpun sedikit, sekurang-kurangnya tugasan semakin ringan.
Antara contoh tugas yang anda boleh lakukan ialah:
  • Semak penulisan (Proof reading)
  • Tanda kertas peperiksaan
  • Panggilan telefon
  • Kemas meja
  • Quick study
  • Baca surat, surat khabar
  • Bersihkan inbox hand phone, email
  • Kemas kini baki akaun
  • Semak “to do list”
  • Makan
  • Lipat baju
  • Rehat
  • Dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh anda lakukan…
Jika diteliti, perkara-perkara di atas adalah antara perkara yang tak sempat kita lakukan dek kekangan tugas dan kesuntukkan masa.
Jadi, gunakanlah masa anda dengan bijak. Anda bukan sahaja dapat mempercepatkan tugas anda, bahkan “menambah” masa anda dalam sehari.

sumber : blog warkah siber

5 comments:

Anonymous said...

setuju dengan mama. biar kita yang menentukan masa. bukannya masa yang menentukan kita

Unknown said...

jgn kita sibuk x tentu arah sudah la kan

Mia Liana said...

wahhhh bestnya... masa itu emas...

Rtp Farra Arisha said...

time is gold. and apa ada dengan emas? emas is precious. so make the time becomes gold all the time! :)

Akulah Pak Lan said...

Masa yang ada tak pernah bertambah atau kurang. cuma tinggal mcm mana kita nak manage masa kita..